Bakal Berdepan Tindakan Tegas, Wanita Berpakaian Ihram Disahkan Pulang Ke Malaysia Tapi Tidak Dapat Dikesan!

Sebelum ini tular mengenai seorang individu wanita yang menyamar sebagai lelaki sambil mengenakan pakaian ihram ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.

Susulan itu, tindakan tegas akan dikenakan ke atas wanita tersebut sejurus dia pulang ke Malaysia dari mengerjakan ibadah umrah.

Memetik laporan Awani, wanita itu telah pulang ke Malaysia dan ia disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Namun begitu, keberadaan wanita tersebut tidak dapat dikenal pasti oleh pihaknya dan telah meminta pertolongan daripada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut.

“Jika dapat dikesan keberadaanya, kita akan minta pihak pejabat agama di seluruh negeri untuk panggil individiu berkenaan bagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter telah membuat pendedahan mengenai wanita menyerupai lelaki ini kerana berani mempermainkan agama selain telah menipu identitinya kepada wanita lain yang mengaku pernah menjadi kekasihnya.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Guna Visa Pelancongan, Individu Dakwa ’Pengkid’ Tunai Umrah Berihram! – “Kau Sebenarnya Berp*ssy”

Sumber: Awani

Atiqah Johari