Hiburan By: SGMS Fas February 8, 2018 @ 3:27pm

ZUL ARIFFIN ‘HADIAH’ ULANG TAHUN LOFA?

Hashtag #Lofattah pernah menggegarkan industri hiburan satu ketika dahulu. Tapi itu dulu tau!

Sekarang ini kita beralih pula ke hashtag terbaharu gandingan Neelofa dengan seorang aktor yang masih bujang.

Ekoran pengumuman Neelofa yang bakal bergandingan dengan Zul Ariffin dalam sebuah drama tak lama lagi, maka riuhlah netizen di sosial media!

Persoalannya, mungkinkah fenomena #Lofattah bakal berulang kembali?

Kolaborasi dua pelakon popular ini mungkin dapat mengubat lara di hati Zul. Bukan apa, baru-baru ini pelakon berusia 32 tahun  itu dilaporkan berselisihan faham dengan bapa kekasihnya.

Tak apa lah Zul, just go with the flow. Kalau ada jodoh, pasti tak ke mana kan?

Khabarnya, Neelofa dan Zul Ariffin akan ke Venice, Italy, untuk memulakan penggambaran tak lama lagi, Mungkin sepanjang berada di sana, keserasian bakal tercipta?

Rata-rata peminat pun gembira dengan gandingan mereka ini….

Apa pun, tak sabar rasanya nak lihat perkembangan #Zulofa ni! Ya lah, mana tahu kot kot ada khabar gembira sempena ulang tahun Lofa ke 29 yang jatuh pada 10 Februari nanti.

Semoga terus sukses #Zulofa!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Apr 2023
Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Wed, 24 Aug 2022

“Saya Hanya Orang Luar, Tapi Anak-Anak Berhak Untuk Tahu Identiti Sebenar Dia…” – Ellie Suriaty

Ada betul juga apa yang dikatakan Ellie Suriaty ni 🥲 Kesian anak-anak tak tahu siapa sebenarnya bakal ibu tiri mereka

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

“Hubungan Kami Lebih Serius” Adam Lee Akui Bercinta Dengan Sweet

Semoga hubungan kedua-duanya berjalan dengan lancar

Hiburan Mon, 16 Oct 2023