Zulin Aziz Tuntut Hutang Puluhan Ribu, Kecewa Tak Dibayar Lepas Selesai Kerja – “Aku Bukan Buat Amal Jariah”

Pelakon Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa dirinya tidak menerima bayaran seperti yang dijanjikan selepas selesai bekerja oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Zulin atau nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, berkata dia ditipu dan sudah penat menuntut bayaran kerja tersebut seolah-olah dirinya seorang peminta sedekah.

“Penat dah aku kasi muka! Kerja dah buat tapi bayaran mengelat nak bayar. Orang kerja pakai kudrat.

“Kerja kemain kerah orang nak bayar buat-buat lupa. Aku malas nak cakap elok-elok dah. Penat kerja pun tak habis lagi.

“Ada yang dua bulan tak bayar-bayar, ada yang dari minggu ke minggu kepala otak dia. Ada yang eh lupa, jap jap, kepala nenek dia. Ada yang kena minta macam minta sedekah.

“Kita kalau mudahkan urusan orang Allah mudahkan urusan kita. Jarang aku marah tapi aku rasa dia orang ini kalau tak cakap memang dia seronok hutang orang,” ujarnya.

Sementara itu, dia menegaskan untuk menerima bayaran penuh sebelum melakukan sesuatu kerja.

“Aku ni kerja kot, bukan buat amal jariah. Lepas ini aku malas dah nak deal macam ni. Nak, bayar dulu.

“Selama ini klien semua bayar 100 peratus, esok juga aku siapkan! Lepas ini nak bayar sikit-sikit ke, 50-50 ke, bulan-bulan ke, tak ada lagi. No money no talk.

“Bukan sikit-sikit, ribu riban dia orang tak bayar. Kumpul-kumpul itu puluh ribu tau. Manalah tak sakit jiwa!

“Jadi garang salah jadi lembut pijak kepala, nak jadi apa sekarang ni. Doakanlah semoga mangkuk-mangkuk di atas dibukakan hati bayar duit aku…Amin,” katanya.

Maya Basir