Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: Padin March 3, 2025 @ 11:52am

Hidangan Enak Buka Selera, Jom Berbuka Puasa Suasana Nyaman Dalam Kebun di Farmer’s Village!

Menampilkan konsep berbuka puasa dalam suasana dalam kebun yang hijau dan mendamaikan, Farmer’s Village sekali lagi membawa pengalaman gastronomi yang unik pada bulan Ramadan tahun ini.

Dengan pelbagai sajian lazat dan suasana yang selesa, lokasi ini pasti menjadi pilihan ramai untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Lebih 50 Juadah Menanti, Kolaborasi Restoran Makan Kaw Kaw

Bermula 2 Mac hingga 13 April, bufet Ramadan di Farmer’s Village menyajikan lebih daripada 50 jenis hidangan, sesuai untuk seisi keluarga. Tahun ini, mereka bekerjasama dengan Restoran Makan Kaw Kaw bagi menawarkan seleksi menu yang lebih istimewa.

Pengasasnya, Datuk Peter Ng Thean Lai, menjelaskan pihaknya ingin memastikan pengalaman berbuka kali ini lebih menarik dengan menyediakan ruang ballroom yang mampu menampung sehingga 1,200 orang.

“Kami menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang lebih ‘kaw’! Selain menikmati hidangan pada harga berpatutan, pengunjung juga boleh melawat kawasan ladang kami yang seluas 10 ekar dan menikmati pemandangan hijau yang mendamaikan.

“Tahun lalu, ramai pengunjung dari pelbagai latar belakang datang berbuka bersama, dan kami mahu terus mengekalkan semangat muhibbah ini hingga ke Aidilfitri,” katanya.

Tawaran Menarik & Harga Berpatutan

Bagi mereka yang membuat tempahan awal lima hari sebelum tarikh berbuka, harga istimewa serendah RM55 seorang ditawarkan, berbanding harga asal RM88.

Manakala bagi tempahan berkumpulan (10 orang ke atas), setiap individu akan menerima satu sesi bufet percuma, menjadikan pakej ini lebih berbaloi. Farmer’s Village menyasarkan kehadiran 500 pengunjung sehari, namun optimis angka tersebut boleh mencecah 800 orang dengan tawaran menarik yang disediakan.

Lebih menarik, bahan-bahan utama seperti sayur-sayuran dan buah-buahan ditanam sendiri di ladang mereka, memastikan hidangan yang dihidangkan segar dan berkualiti tinggi.

Menu Tradisional & Hiburan Menarik

Pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan tradisional seperti Ayam Ungkep, Ayam Masak Merah, Gulai Kawah, Masak Lemak Cili Api, serta pelbagai sajian lain yang pasti memikat selera. Bufet ini dibuka sehingga 10.30 malam, membolehkan pengunjung berbuka dengan santai tanpa tergesa-gesa.

Selain makanan yang lazat, Farmer’s Village turut menyediakan hiburan seperti persembahan busking, pertunjukan khas, dan cabutan bertuah setiap malam, menjadikan pengalaman berbuka lebih menyeronokkan.

Bagi yang datang dalam kumpulan besar, boleh mencuba Ramadan Kombo Set berharga RM150, yang menawarkan pelbagai menu istimewa.

Destinasi Makan Sepanjang Tahun

Selain bufet Ramadan, Farmer’s Village juga terkenal dengan sajian istimewa mereka sepanjang tahun, termasuk pelbagai hidangan Cina Muslim seperti Uncle Farmer Chicken, Sup Sirip Ikan, Sup Ayam Kelapa, serta pilihan makanan laut segar.

Jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa dalam suasana desa yang unik dan menenangkan di Farmer’s Village 2025! Buat tempahan awal untuk menikmati harga terbaik dan nikmati hidangan enak bersama yang tersayang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Thu, 24 Jan 2019

Here are 7 Places You Can Get Amazing Yee Sang in Genting Highlands

It has a range too in terms of price, so there’s a suitable Yee Sang for everyone.

Fab Foodies! Mon, 20 Jan 2020

常喝鲜榨果汁对健康更有益吗?

有人认为,蔬菜水果榨汁喝是特别促进健康的一种方法,那么事实真的如此吗?

Fab Foodies! Mon, 13 Aug 2018

Makanan Yang Dapat Menurunkan Kolestrol

Untuk itu menurunkan kolesterol jahat yang naik boleh cuba mengambil makanan yang dikongsikan

Fab Foodies! Sat, 18 May 2019

You Can Now Use Your Touch ‘n Go eWallet to Pay at KFC

TNG Digital Sdn Bhd announced a strategic partnership with the country’s biggest quick service restaurant chain, KFC Malaysia. Customers can now make QR-payments across all KFC restaurants nationwide using Touch ‘n Go eWallet. Syahrunizam Samsudin, […]

Fab Foodies! Wed, 27 Nov 2019

Edisi Terhad! Oreo Keluarkan Biskuit Sandwich Flavor Red Velvet Pula

Siapa fans Red Velvet dekat sini memang kena grab cepat!

Fab Foodies! Sat, 24 Aug 2019

传统精髓及全新口感!为顾客带来舌尖上的非凡体验

9月13日是今年的中秋节,为了迎接这个最受欢迎的传统农历节日之一,云顶世界特推出一系列不同种类的招牌月饼,为顾客带来舌尖上的非凡体验。

Fab Foodies! Thu, 14 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Kari Ikan Yogurt

Masukkan yogurt dicampur dengan air dan bendi, Reneh sehingga 15-20 minit & pastikan di atas api yang perlahan. Jangan lupa kacau untuk mengelakannya ia melekat.

Fab Foodies! Thu, 7 Nov 2019

橄榄油营养价值有哪些?要如何正确摄取呢?

到底橄榄油的营养价值有哪些?又该如何正确的摄取才能达到保健功效?

Fab Foodies! Tue, 13 Aug 2019

无痛减肥法!研究:适量吃甜点瘦更快

无痛减肥法!吃甜点瘦更快,梦幻瘦身秘诀会呼吸就会瘦。

error: Content is protected !!