Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 10, 2022 @ 2:42pm

Hukuman Mati Mandatori Kini Dimansuhkan? Ini Info Terkini Yang Perlu Anda Tahu!

Heboh di ruangan media sosial mengenai satu pengumuman pihak kerajaan yang telah bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), YB, Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar membuat keputusan berkenaan susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori pada 8 Jun lalu.

Satu organisasi dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan menerusi laporan kajian berkenaan telah dibentuk dan diketuai oleh Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum serta pakar-pakar dalam bidang perundangan.

Dalam satu kenyataan media bertarikh 10 Jun 2022, Wan Junaidi menjelaskan bahawa kerajaan secara prinsipnya menerima serta mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori itu.

“Jemaah Menteri telah bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), serta 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.

“Kajian lanjut ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri serta lain-lain kementerian atau jabatan berkepentingan,” katanya.

Sekadar info, ‘mandatori’ bermaksud suspek yang didapati bersalah oleh mahkamah tidak boleh terlepas dari tali gantung. Di mana pada masa itu tiada hukuman lain atau alternatif jika disabit bersalah.

Seperti yang dijelaskan oleh seorang pengguna Twitter mengenai ‘hukuman mati mandatori’ ini bermaksud pesalah dalam kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman selain hukuman gantung sampai mati.

Misalnya, suspek boleh didakwa hukuman penjara seumur hidup ataupun penjara sepanjang hayat, mengikut kepada budi bicara pihak mahkamah.

Bagaimanapun, hukuman gantung sampai mati masih kekal ada di Malaysia.

Sumber: Berita Harian, FMT, Sinar Harian, Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 May 2023
Hiburan Wed, 17 Apr 2019
Featured Wed, 15 Apr 2026

“Komitmen Saya Tak Sampai Sebulan” – Johan As’ari Dedah Dibayar RM70,000 Berlakon Filem Mat Kilau

Johan As’ari mendedahkan dia menerima bayaran mencecah lebih RM70,000 hasil penglibatannya dalam penggambaran filem popular, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Hiburan Fri, 14 Jul 2023

Doa Shikin Maembong Dimakbulkan, Cat Farish Tidak Rasa Kahwin Secara Terburu-Buru – “Nak Bercinta Berapa Lama Lagi?”

Perkara baik buat apa nak tangguh kan? Alhamdulilah tahniah Cat Farish & Shikin!

Events Fri, 29 Nov 2019
Trending Sun, 23 Jun 2019

Serpihan Tulang Dekat Gua Kandu Bukan Milik Acap

Tak baik sebarkan berita palsu, sahkan dulu sebelum berkongsi

Featured Thu, 18 Jan 2018

Intai Diet Selebriti

Pernah terfikir bagaimana cara golongan selebriti mengekalkan bentuk badan menarik? Jom semak fakta berikut. Fazura – Amal Minum Teh Hijau Pelakon jelita, Fazura punya cara tersendiri untuk tampil menawan. Selain  menjaga pemakanan dengan mengambil makanan […]

Hiburan Mon, 4 May 2026

Jalil Hamid Meninggal Dunia

Jalil Hamid meninggal dunia.

error: Content is protected !!