Euforia Bola 2026
Filem By: Attiqah Mohd July 22, 2019 @ 7:30pm

‘Hutang Darah Dibayar Darah’- Sangkar Bertarung Di Gelanggang 29 Ogos Ini!

Filem aksi hebat, Sangkar  menampilkan kerjasama mega di antara Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment. Filem ini merupakan filem Melayu pertama yang menampilkan Mixed Martial Arts (MMA) dan dijangka bakal menggegarkan gelanggang pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 29 Ogos 2019.

Sangkar mengisahkan Adam, seorang pejuang MMA yang angkuh telah memenangi sebuah pertarungan dengan taktik kotor. Apabila dicabar di luar Sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan pihak lawannya, Johan. Adam dibelenggu rasa bersalah dan risau kerana Johan tahu bahawa dialah yang menjadi punca kecederaan itu. Tetapi lama kelamaan, Adam secara tidak sengaja telah menjadi sebahagian daripada hidup Johan. Dia mendapat tahu kecederaan yang menimpa Johan menyebabkan Lea dan Reza, ahli keluarga Johan hilang punca rezeki dan harapan. Mampukah Adam menebus kesalahannya demi masa depan Johan dan adik-adiknya?

Dibintangi para pelakon hebat

Filem yang diarahkan oleh Kabir Bhatia ini turut menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Adam Mika, Ray, Fadlan Hazim dan ramai lagi. Filem ini turut menampilkan atlet dan peninju professional MMA sebenar iaitu James “Sledgehammer” Mcsweeney serta Saiful Merican, Rashid Salleh, Peter Hugh Davis dan Terry Gallyot.

Siri jelajah Sangkar akan bermula di utara

Peminat boleh beramah mesra dengan barisan pelakon hebat ini di siri jelajah filem Sangkar yang akan bermula dari utara tanah air, Kedah, Pulau Pinang dan Perak pada 30 Ogos sehingga 1 September.  Seterusnya, siri jelajah ini akan berada di bahagian selatan Malaysia bersama penduduk Johor dan Melaka dari 6 sehingga 8 September dan seterusnya di Lembah Klang pada 14 dan 15 September.

Tampilkan OST hip hop terkenal

OST rasmi bagi filem ini berjudul ‘Fighter’ dan dinyanyikan oleh rapper popular, Aman RA. Lagu berentak up beat ini mendapat sentuhan lirik Aman RA sendiri. Selain itu, filem ini turut menampilkan tiga lagu baru yang memperkenalkan bakat baru dalam arena ‘hip hop’ iaitu Dinho, DeLaFlare, Mali dan SXPH.

Filem ini akan menemui penonton melalui pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos 2019. Jangan lupa layari laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube Primeworks Studios, Astro Shaw, InfinitusFilmsMY dan mm2 Entertainment Malaysia untuk berita dan informasi terkini. 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Wed, 21 Nov 2018

非看《我的非一般岳母》不可的五大原因!

八度空间《我的非一般岳母》即将启播!有别于过往灵异题材,这部剧到底有哪些看点呢?

Filem Fri, 13 Sep 2019

《中国好声音》进入导师决战!封印权将如何左右战局

经过严格的录音棚考核后,2019《中国好声音》四个战队的22名学员将进入今晚的「导师决战」环节。残酷的对决结束后,只有11位学员能够留下,一半人将离开这个舞台。

Filem Tue, 23 Jan 2018

IS F.R.I.E.N.D.S REALLY MAKING A REBOOT? FANS ARE SUPER EXCITED

It has been almost 14 years since the final episode of Friends was aired on TV, yet fans of the sitcom still want more.

Filem Wed, 20 May 2026

Ini Respons Siti Khadijah Halim Bila Aweera Beri Ucapan Romantik – “Saya Tak Mahu Panjangkan Perkara Ini”

Siti Khadijah Halim tidak pernah mengambil serius terhadap segala perkongsian dibuat Aweera, termasuklah ucapan romantik.

Filem Thu, 9 May 2019

E! News Reveals The 4 Simple Steps to Mira Filzah’s Gorgeous Skin

It’s much simpler than the Korean 10-Steps, and they aren’t that complicated to do either.

Filem Fri, 13 Apr 2018

真人版《花木兰》李连杰和巩俐加入

迪士尼《花木兰》真人版电影宣布由大陆女星刘亦菲主演后,档期不断延后,近期总算有了新进度,先是确定甄子丹演出新角色「董」,现在李连杰、巩俐也传出要加盟,聚集亚洲大咖巨星,让本片还没开拍就令影迷期待。

Filem Fri, 28 Sep 2018

《中国好声音》李健陷「团灭危机」成语自嘲空前绝后

今晚《中国好声音》导师终极决战将展开最后的七强争夺!上周引发「团灭危机」悬念的李健战队将在本期节目迎来结局,面对窘迫状况李健依然不忘用成语自嘲。

Filem Wed, 19 Feb 2020

谢承伟陈慧恬闹不合!游戏陷困局

默契十足的谢承伟和陈慧恬,首次在游戏过程中吵架闹不合,吓坏嘉宾!

error: Content is protected !!