Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom November 14, 2018 @ 9:00am

Ia Mungkin Remeh, Namun 6 Perkara Ini Bisa Membuatkan Rumah Tanggamu Hangat Membara!

Harta tidak menjanjikan kebahagiaan. Bagaimanapun ianya satu bonus seandainya rumah tangga yang harmoni dilimpahi pula dengan kemewahan.

Dalam membina keluarga bahagia, teras utamanya adalah keharmonian, tolak ansur, saling maaf memaafi, prihatin dan kasih sayang yang dapat menjamin hubungan itu berkekalan hingga ke penghujungnya.

Untuk mencapainya (bahagia), bukan sekadar luahan tetapi dizahirkan melalui inisiatif.

Inisiatif itu ada kalanya tidak memerlukan modal, malah sesetengahnya cuma perkara remeh tetapi efektif dalam menjayakan rumah tangga yang bahagia.

Lakukan perkara remeh ini, agar kasih sayang antara kamu sentiasa membara!

Foto: shutterstock

1. Ucap terima kasih

Mungkin kita tidak perasan yang kita sering mengucapkan terima kasih pada orang lain, namun tidak pada pasangan kita. Untuk mengelakkan dari masalah tidak mengambil berat antara satu sama lain, cuba untuk berikan tanda penghargaan kepada pasangan sekurang-kurangnya sehari sekali. Cukuplah dengan ucapan terima kasih sudah boleh membuat pasangan rasa dihargai.

Sekali-sekala lakukan kejutan seperti menghadiahkan sejambak bunga, tinggalkan pesanan cinta dan bermacam lagi cara. Yang ini penting, jangan lupa ulang tahun kelahiran pasangan dan ulang tahun perkahwinan kalian.

2. Aktif bersama-sama

Bagaimana hendak pastikan si dia turut serta aktif bersama? Mungkin dengan meminta pertolongan di taman rumah anda, mengubah suai dekorasi kamar tidur, atau mungkin anda ingin merasakan hasil tangannya melalui masakan. Ianya peluang baik untuk anda menghabiskan waktu bersama dengan lebih bermakna.

3.  Jaga air muka pasangan

Tidak kira sama ada berada di parti, janji temu bisnes atau hanya bersiar di pusat membeli belah, berikan si dia signal yang anda sentiasa mengambil berat. Pegang erat tangannya, senyuman atau mungkin dakap si dia di sisi pasti buatkan hatinya bahagia bersama anda. Elakkan membuat lawak sinis yang boleh memalukan pasangan anda di hadapan khalayak ramai mahupun teman rapat kalian.

4. Menyoal dengan baik

Pastikan anda menyoal dengan tutur kata yang baik agar ia tidak mengundang salah faham. Sebagai contoh, jika anda memerlukan pertolongan si dia kala di dapur, cuba untuk bertanya dengan penuh kelembutan dan kemesraan agar apa yang diminta itu tidak bertukar menjadi paksaan. Juga jangan lupa untuk tunaikan janji anda jika sudah bersetuju akan permintaannya. Gagal untuk menepati janji buatkan keharmonian itu berkurangan.

5. Jujur tentang cinta anda padanya

Tuliskan nota cinta di atas sekeping kertas atau mungkin melalui e-mel sudah boleh memberitahu si dia akan perasaan cinta anda padanya. Kongsikan padanya segala kebahagiaan yang si dia berikan kepada anda, tuluskan penghargaan atas segala pengorbanannya atau mungkin jelaskan harapan dan perancangan masa hadapan yang kalian inginkan. Dan setahun sekali, jangan lupa untuk memperbaharui komitmen kalian dalam perhubungan serta sambut ulang tahun perkahwinan dengan membawa si dia ke tempat percutian romantik.

6. Utamakan pasangan

Ia umpama satu peraturan yang paling penting dalam sesebuah perhubungan adalah mengutamakan hubungan kalian. Sebagai contoh, jika anda mempunyai masa lapang, utamakan untuk meluangkan waktu bersama si dia terlebih dahulu daripada perkara lainnya.

Sumber:  EH!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 23 Apr 2018

Belajar Buat Kad Unik Ini Untuk Orang Tercinta, Mesti Hatinya Berbunga-Bunga Nanti!

Daripada kad simple saja, apa kata anda cuba buat kad yang luar biasa sikit? Siap ada bunga-bunga lagi!

familuv Thu, 18 Jul 2019

Nak ajar anak makan makanan berkhasiat? Jangan guna perkataan ‘sihat’

Jika anak anda memilih makanan, mungkin anda patut cuba.

familuv Fri, 8 May 2020
familuv Sat, 19 Oct 2019

6 cara ajar anak jadi orang yang baik hati

Jangan biar anak jadi pembuli!

familuv Mon, 3 Jun 2019

Pancing isteri dengan nota lucu, muka yang kelat berubah semanis kurma. Cubalah!

Suami atau teman lelaki harus lebih kreatif dalam memujuk pasangan!

familuv Wed, 21 Aug 2019

Bolehkah betik menyebabkan keguguran? Ini jawapannya

Bukan semua boleh boleh dimakan ketika hamil.

familuv Fri, 3 Aug 2018
familuv Fri, 6 Mar 2020

Jangan terus tuduh, ini cara betul tanya anak

Pastikan ayat yang digunakan betul

familuv Sat, 17 Dec 2022

Netizen Sebak Lihat Hubungan Akrab Puteri Balqis & Ibu – “Mereka Harungi Liku Kehidupan Bersama…”

Tular perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang menunjukkan keakraban dan kemesraan pelakon Puteri Balqis dan ibu, Norashikin Mohd Aziz, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Norashikin sentiasa menemaninya dan turut berada di sisi […]

error: Content is protected !!