Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops July 18, 2019 @ 11:00am

Nak ajar anak makan makanan berkhasiat? Jangan guna perkataan ‘sihat’

Dalam usaha untuk menggalakkan kanak-kanak supaya memilih makanan yang baik untuk kesihatan, ramai ibu bapa terpaksa mencuba pelbagai helah.

Satu daripadanya adalah dengan menyembunyikan ramuan sihat di dalam makanan untuk si kecil. Kaedah ini diharap dapat membuatkan si kecil tahu bahawa makanan yang sedap itu sebenarnya mempunyai bahan yang berkhasiat.

Bagaimanapun, mungkin ibu bapa boleh menggunakan pendekatan lain, seperti yang dijelaskan oleh Alice Zaslavsky, seorang penulis pemakanan.

Menurut ABC News, Alice mencadangkan ibu bapa supaya lebih fokus pada mewujudkan rasa ingin tahu dalam kalangan kanak-kanak.

Cara ini lebih baik daripada mengingatkan mereka bahawa ‘epal bagus, gula-gula tak bagus’.

Foto: Unlock Food

Apa caranya?

Langkah pertama adalah dengan mengelak daripada menggunakan perkataan ‘sihat’ apabila bercakap mengenai makanan.

Alice berkata, apabila seseorang itu mendengar saja perkataan ‘sihat’ akan menyebabkan minda secara tidak sedar beranggapan bahawa makanan itu tidak mempunyai sedap. 

“Sejak kecil, ibu bapa kita dulu sering menyuruh kita untuk mengamalkan pemakanan sihat. Jika teknik itu tidak begitu berkesan dengan kita, apatah lagi untuk anak kita,” katanya.

Sebaliknya, kata Alice, ibu bapa hari ini sepatutnya membuatkan anak mereka untuk rasa tertarik bagi mempelajari mengenai makanan.

“Langkah ini penting untuk mewujudkan perbualan yang menjangkau lebih jauh daripada ‘makan kerana ia bagus untuk kamu’ yang berbunyi pasif,” katanya.

Foto: The Conversation

Contohnya, daripada memberitahu si kecil bahawa mereka perlu makan epal kerana ia berkhasiat, anda boleh menceritakan fakta menarik mengenai buah ini.

Antaranya ialah buah epal tergolong dalam kumpulan keluarga bunga ros dan ia menghasilkan lilin sendiri untuk melindungi kulitnya.

Perbualan sebegitu akan memberi peluang kepada anda dan si kecil untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.

Foto: Consumer Reports

Anak anda memilih?

Alice berkata, sikap kanak-kanak yang cerewet dalam memilih makanan bermakna mereka juga akan rasa lebih berminat untuk mencuba makanan baharu.

“Lambat-laun mereka akan terbiasa dengan pendedahan terhadap makanan yang baharu diperkenalkan itu.

“Pendedahan tidak semestinya melibatkan mulut. Mereka boleh juga cuba memegang atau menghidu,” katanya

Jika mereka enggan makan, Alice mencadangkan ibu bapa supaya menawarkan jumlah yang sedikit sahaja, misalnya anda boleh meletakkan makanan yang baharu diperkenalkan kepada si kecil di tepi makanan yang dia biasa makan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 8 Mar 2019

Ikuti cara Rasulullah SAW melayan isterinya. Cukup indah!

Khas buat suami isteri yang ingin hangatkan rumah tangga.

familuv Sat, 30 Jun 2018

Anda Wajib Baca Artikel Ini Terutamanya Jika Anda Datang Dari Broken Family

Seorang pengguna Facebook menceritakan pengalamannya merawat penagih dadah yang kini menanti hukuman gantung.

familuv Thu, 17 Jan 2019

7 peraturan keselamatan di dapur yang kanak-kanak perlu patuhi

Pastikan anak anda tahu jika dia menolong anda masak.

familuv Fri, 20 Jul 2018
familuv Fri, 20 Jul 2018

Inilah Cara Untuk Wujudkan Keharmonian Di Dalam Keluarga ‘Sandwich’

Ia merujuk kepada anak yang terpaksa menjaga dua generasi iaitu anak-anak dan ibu-bapa mereka yang sudah uzur.

familuv Tue, 18 Feb 2020
familuv Tue, 29 Jan 2019

Perlukan idea untuk menghias bilik anak anda? Ikuti contoh hiasan dalaman ini

Jika ia serasi dengan jiwanya, pasti dia akan suka.

familuv Fri, 8 Feb 2019

Kaedah pecahan harta dibuat jika suami berpoligami. 

Setiap isteri mempunyai hak yang sama ke atas harta pusaka suami

familuv Fri, 19 Apr 2019
error: Content is protected !!