Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir February 7, 2024 @ 3:41pm

Ibu Kandung Musa Dakwa Kenyataan Noh Salleh Tidak Benar – “Dia Suruh Saya Block Mizz Nina”

Ibu kandung kepada Musa yang mahu dikenali sebagai Athira mengakui kecewa dengan kenyataan penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh berhubung hak penjagaan anak tersebut.

Memetik laporan Berita Harian, Athira mendakwa dia tidak memberi keizinan kepada Noh mengambil Musa semasa dia di bawah penjagaan Mizz Nina sebaliknya telah dimanipulasi.

“Ketika dia (Noh) minta saya menandatangani ‘Statutory Declaration’ (SD), dia mengatakan sekurang-kurangnya bila Mizz Nina ke luar negara dirinya dapat menjaga Musa.

“Jadi, saya fikir Mizz Nina sibuk dengan kerja, saya izinkan Noh jaga Musa buat sementara.

“Disebabkan itu, saya tandatangani SD (akuan berkanun) itu. Saya tandatangani SD di hadapan pekerjanya sahaja. Tiada orang lain atau Pesuruhjaya Sumpah.

“Saya tak tahu sah atau tidak ketika itu. Kemudiannya, saya diberitahu saya sepatutnya tandatangani SD di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, jadi SD itu tak sah.

“Saya juga tak tahu dia merancang untuk mengambil Musa dan sebagainya. Jadi, bila saya dengar kenyataan diberikan kepada media semalam dan kelmarin, saya terkejut kerana apa yang Noh cakap semuanya tak betul,” dakwanya.

Menurutnya, dia hanya menyerahkan hak penjagaan Musa kepada Mizz Nina seorang sahaja sejak awal lagi.

“Ya saya tandatangi surat penyerahan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah sejak awal lagi. Mizz Nina adalah penjaga Musa yang sah,” ujarnya.

Sementara itu, Athira mendakwa Noh sudah lama merancang dengan pengasuh Musa, bagaimanapun dia tidak tahu menahu tentang perancangan pengambilan Musa pada 19 Disember tahun lalu.

“Saya mula pelik apabila dia (Noh) menyuruh saya sekat nombor telefon Mizz Nina.

“Jadi, niat saya hanya mahu memberitahu perkara yang betul selepas melihat apa yang berlaku sekarang ini.

“Berhubung gambar Musa dimuat naik dalam laman sosial, dia (Noh) tahu kami sudah berjanji tidak mendedahkan wajahnya.

“Mizz Nina juga memuat naik gambar tanpa mendedahkan wajah Musa, jadi takkan dia tidak faham.

“Saya memang tak mahu muka Musa didedahkan, antara sebabnya saya menghormati Mizz Nina sebagai pempengaruh,” dakwanya.

Athira juga kesal apabila nama penuhnya tersebar selepas dia meminta Noh buat permintaan maaf secara terbuka.

“Saya geram dan merasakan diri seakan dipergunakan. Sekarang mangsanya adalah saya.
“Noh seolah-olah berdendam dengan saya apabila berbuat demikian. Kalau betul-betul memohon maaf bukan itu caranya, malah sekarang rasanya dia sudah menyekat nombor telefon saya,” dakwanya.

Mengulas tentang dakwaan netizen dirinya dibayar oleh Mizz Nina, dia menegaskan tiada unsur rasuah yang berlaku sebaliknya dia hanya mahu memberitahu kebenaran.

Malah, Athira turut memohon Noh bercakap perkara benar dan menjernihkan keadaan.
“Tidak, saya tidak dibayar. Saya hanya mahu Noh beritahu perkara yang betul.

“Dari apa yang dirancang sampai apa yang berlaku. Saya juga sudah membuat laporan polis pada Januari lalu bagi tujuan keselamatan,” katanya.

Semalam, Noh mendakwa bekas isterinya, Mizz Nina bukanlah satu-satunya penjaga yang sah ke atas anak angkat mereka, Musa.

Terdahulu, Mizz Nina mendakwa Noh mengambil Musa tanpa kebenaran dan pengetahuannya.

Katanya, kejadian berlaku pada 19 Disember tahun lalu ketika dirinya dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur selepas berada ke luar negara atas urusan kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut Mizz Nina Tarik Semula Kes Hak Penjagaan Anak, Noh Salleh Dedah Dianiaya – “Tidak Adil Bagi Pihak Saya, Apa Permainan Dia?”

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Rasmi Ditarik Balik, Mizz Nina Ibu Angkat Yang Sah! -“Kami Mempunyai Dokumen Yang Tidak Tertulis Nama Noh”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Sep 2021
Hiburan Fri, 24 Nov 2017

“Saya Nampak Masa Depan Saya Di Mata Fattah Amin”

Fokus kepada ibadah umrah dahulu dan nantikan pengumuman tentang pertunangan

Featured Tue, 4 Oct 2022

“Saya Tak Pernah Pergi” – Nasha Aziz Kembali Aktif Di Media Sosial Selepas Tiga Tahun Menyepi

Haa dekat mana sayap-sayap Nasha semua? 🥰 Tak sabar nak tengok filem seram Talbis Iblis tak lama lagi 👹

Hiburan Tue, 3 Oct 2023

[VIDEO] Terima Ugutan Bunuh Gara-Gara Live Dengan Ira Kazar, Isteri Azlan Komeng Buat Laporan Polis – “Aku Tak Backup Dia…”

Nilam bertegas ada ‘hentam’ Ira Kazar secara bersemuka, tak backup isteri Syamsul

Featured Fri, 19 Jul 2024
Hiburan Fri, 18 Jan 2019
Featured Fri, 10 Oct 2025

Gara-Gara Tinggal Komen Sokong ZRA, Namron & Fazura Dikritik… Respons Namron: “Saya Tak Tunggang Agama, Isu Mahupun Orang”

Tindakan Namron & Fazura itu ternyata mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Featured Sun, 21 Nov 2021

Mekanik Maut Dihempap Kereta Semasa Buat Kerja Pembaikan

Mekanik maut selepas dihempap kereta di sebuah bengkel di Jalan Bayan Lepas, Kampung Bukit, pada Sabtu. Menurut laman Berita Harian, mangsa, 31, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian. Jurucakap Pusat […]

error: Content is protected !!