Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops February 25, 2019 @ 10:00am

Ikon fesyen berumur 97 tahun ini dilamar oleh agensi peragaan terbesar di dunia

Rambutnya pendek dan berwarna putih. Matanya dihiasi cermin mata berbingkai hitam. Mulutnya merah menyala. Penampilannya dilengkapi lagi dengan aksesori tebal.

Jika inilah penampilan bagi seorang wanita muda, mungkin boleh diterima. Tetapi hakikatnya, gambaran tadi mencerminkan rupa seorang ikon fesyen yang kini berusia 97 tahun!

Namanya Iris Apfel. Walaupun usianya sudah lanjut, beliau tidak segan untuk menonjolkan gaya fesyen peribadi yang ternyata lain daripada gaya wanita lain yang sebaya dengannya.

Selain reputasinya sebagai seorang ikon fesyen, Iris juga dikenali dengan sumbangannya dalam bidang rekaan dalaman bagi bangunan White House. Cita rasanya memang unik!

Kini pereka dalaman ini pastinya akan menjadi lebih ikonik selepas menandatangani kontrak dengan satu daripada syarikat peragaan terkenal di dunia, IMG, pada usia 97 tahun.

Foto: Brad Barket/Getty Images

“Siapa sangka saya boleh menjadi penghias muka depan majalah pada usia ini?” kata Iris dalam temu bual bersama WWD.

Mungkin beliau hanya merendah diri, tetapi dengan pengalaman yang dimiliki, tiada siapa boleh meragui kebolehannya untuk beraksi di hadapan kamera.

Sebelum ini Iris pernah menyertai kempen periklanan untuk M.A.C. dan Kate Spade selain menghiasi muka hadapan majalah Dazed & Confused serta halaman dalam majalah Vogue Italia.

Semua ini dilakukan ketika beliau berumur 80-an dan 90-an, tanpa menggunakan ejen. Hebat!

Foto: CNBC.com

Kurang pasti mengapa agak lambat untuk beliau diketengahkan, tetapi IMG kini melihat kelebihannya dan membuat keputusan untuk menjadikan Iris sebagai seorang daripada peragawatinya.

Presiden IMG, Ivan Bart, berkata Iris meluahkan kreativiti dan inspirasi menerusi gaya yang ditampilkan.

“Kami berasa teruja untuk menerokai peluang baharu dan unik dengannya, bakat semula jadinya boleh dikongsi ke seluruh dunia.

“Pada usia 97 tahun, Iris terus membuktikan bahawa umur hanyalah satu nombor. Ia tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang mendefinisikan diri anda,” katanya.

Iris berkata, beliau tidak berminat untuk tampil di pentas peragaan, tetapi lebih cenderung untuk berkolaboratif dengan jenama terkemuka dan menghiasi majalah.

“Saya tidak rasa satu nombor patut membuat sebarang perbezaan dalam hidup anda ataupun menghentikan anda daripada terus bekerja.

“Saya rasa persaraan ialah satu nasib yang lebih teruk daripada kematian,” katanya.

Sumber: Allure

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sat, 29 Oct 2022

“Thank You Rafael Jaga Mommy Time Pregnant” – Ketulusan Anak Mawar Rashid Curi Tumpuan

Tular sebuah video pelakon Mawar Rashid bersama anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael yang sedang membantunya memakai kasut. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Mawar itu di laman Instagram, dia mengucapkan terima kasih kepada anaknya, Rafael […]

Gaya Hidup Thu, 8 Nov 2018

Kasut Kahwin Paling Mahal Bernilai RM5 Juta. Cipta Book Of Records!

Kasut ini dicipta untuk dipakai oleh seseorang!

#tilljannah Sat, 3 Dec 2022

“Lupa Nak Rakam, Boleh Berlakon Balik Tak?” – Imran Aqil Beri Dahlia Rizal Bunga, Ramai Peminat Single Meronta-Ronta

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan gelagat mesranya bersama tunang, Dahlia Rizal yang juga merupakan seorang pempengaruh. @indomie.dGeram je i tgk perangai dia ni. Sib baik sayang ♬ original […]

Featured Sat, 23 May 2020
Featured Mon, 29 Apr 2024

“Tak Usah Ambil Tahu Pasal Rumah Tangga Orang Lain” – PU Riz

“Kalau nak komen pasal kes curang dalam rumah tangga, saya tidak layak,” – PU RIZ

Featured Wed, 11 Dec 2024

Fazura Kesal Individu Wanita Tinggal Kenyataan Fitnah Melampau – “Ingat! Saya Tak Maafkan Awak Dunia Akhirat”

Wanita terbabit mendakwa aktres itu masih menyimpan dendam terhadap bekas suaminya, Fattah Amin.

Featured Fri, 19 Oct 2018
Featured Mon, 30 Jun 2025
Gaya Hidup Thu, 19 Jul 2018
error: Content is protected !!