Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 30, 2025 @ 10:14pm

[VIDEO] “Hantaran Saya Bagi RM50,000 & Rumah Banglo Disediakan” – Aliff Syukri Cari Menantu Untuk Anak Sulung Di TikTok

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi platfrom TikTok miliknya.

Video berdurasi satu minit itu, memperlihatkan Aliff dan anaknya, Ammar sedang menjual produk makanan keluarannya sebelum memaklumkan kepada penonton bahawa dia sedang  mencari menantu untuk anaknya itu.

“Ada tak orang  nak jadi saya punya menantu? Kalau nak jomlah kita berbesan.Ada tak yang nak anak saya ni.

“Anak saya ada kereta Mercedes Benz saya belikan, tengok tu ada ramai yang tengok. Saya nak cari mereka yang tengah tengok live ni,” katanya.

Tidak habis disitu, Aliff Syukri juga memaklumkan, dia akan memberikan wang hantaran bernilai RM50,000, barang kemas, banglo serta kereta mewah sebagai hantaran.

“Hantaran saya bagi RM50,000, barang kemas 12 serba berdiri, rumah banglo saya sediakan. Siapa nak komen nak,” tambahnya.

Mendengar kenyataan Aliff, Ammar bagaimanapun menolak permintaan bapanya itu.

Katanya, dia tidak mahu urusan mencari jodoh dilakukan secara live.

Malah, Ammar lebih terbuka untuk mencari calon isteri di pusat pengajian tinggi kelak.

“Janganlah Abah. Sekrang ni tak ada orang kahwin tiba-tiba macam mana jumpa, kata ‘ayah saya pilih awak dekat live’.

“Tak nak lah Abah. Ammar nak jumpa orang dekat Universiti ke, sekolah ke, ini… macam pelik,” tegasnya.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat Aliff mengusik anaknya itu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 5 Jan 2019
Hiburan Fri, 28 Feb 2025
Trending Wed, 1 May 2019

Ustaz Hassan Din Meninggal Dunia, Al-Fatihah…

Dato Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah…

Trending Sat, 18 Dec 2021

Tawar Hadiah Wang Tunai, Skuad Didik Beri Peluang Murid Jadi Wartawan Penyiaran

Saluran hub pendidikan Malaysia, DidikTV KPM, menerusi platform ntv7 kini memberi peluang kepada murid-murid berusia antara 7 hingga 17 tahun untuk menjadi wartawan penyiaran muda! Aktiviti menarik ini dianjurkan khas untuk memberi pendedahan awal kepada […]

Featured Fri, 21 Jun 2024

“Saya Yakin Nora Dan Nedim Sudah Fikir Yang Terbaik Untuk Keluarga Mereka”- Fasha Sandha

betul ramai yang mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.❤️

Featured Wed, 5 Jul 2023

[VIDEO] Jaga Kakak OKU, Sisi Berbeza Watie Raih Pujian Warganet – “Tak Salah Shuib Pilih”

Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah sering mendapat perhatian serta tak lari dari kecaman sejak namanya mula dikenali ramai. Terbaharu, tular di laman media sosial TikTok mengenai sisi lain Watie yang ramai tidak tahu. […]

Trending Fri, 31 Jan 2020
Hiburan Thu, 13 Jun 2019

Patutlah Makin Cantik, Ini Rupanya Rahsia Mimifly!

Mimi yang melalui episod kehancuran rumah tangga pada tahun 2017 turut menekankan kepentingan kesihatan mental seiring bersama penjagaan tubuh.

error: Content is protected !!