Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa November 23, 2022 @ 6:29pm

Imran Aqil Berangkat Ke Tanah Suci Tunai Ibadah Umrah

Pasti ramai yang sudah mengenali pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil yang sering mencuri tumpuan netizen dengan gelagat mesranya bersama tunang, Dahlia Rizal yang juga merupakan seorang pempengaruh.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @ammxrhxlm_  yang juga merupakan rakan Imran.

Menerusi hantaran tersebut, Imran sedang berada di lapangan terbang untuk bertolak ke Tanah Suci sambil melambai tangan ke arah keluarganya.

@ammxrhxlm_ Selamat Pergi & Pulang Imran, Semoga Mendapat Umrah Yang Mabrur 🤲🏻✨ @iJeebster #imranaqil #fyp #fypシ #foryoupage ♬ suara asli – rintihan,kata

“Selamat pergi dan pulang Imran, semoga mendapat Umrah yang mabrur,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan dirinya dan turut mendoakannya selamat menunaikan ibadah umrah.

“Rezeki dia datang satu, satu. Lepas masuk Hero Remaja, dapat kerja penyampai radio, dapat jodoh yang lebih baik dan dapat buat umrah.

“Saya pun suka tengok Imran ni baik. Tengok tunang dia pun comel. Semoga mendapat umrah yang mabrur Imran,” tulis salah seorang netizen.

Bukan itu sahaja, Dahlia turut memberi ucapan khas melalui Instagram Story kepada Imran memandangkan dia tidak dapat menemani Imran ke lapangan terbang disebabkan oleh kakinya terluka dan masih dalam rawatan.

“Praying for your safety and well being in your journey to do Umrah and May Allah swt grant you forgiveness. May Allah accept your dua and may you be filled with joy and happiness insyaallah.

“I’m sorry I couldn’t be there to send you off because of my leg but you you’ll forever be in my prayers and my heart,” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Mar 2018

Pilih Tarikh Kelahiran Nabi Muhammad, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Puteri Sulung. Tahniah!

Tanggal 19 March 2018 menjadi detik bahagia buat penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila beliau selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Hiburan Wed, 19 Nov 2025

Tidak Terasa Hati, Amad Dayyan Anggap Usikan Rakan ‘Jangan Nyanyi Pegang Bahu’ Sekadar Gurauan

Amad Dayyan bersikap positif, tak kecil hati rakan mengusik nyanyi pegang bahu

Featured Mon, 27 Oct 2025

Hubungan Tak Sama Macam Baru Kahwin, Atikah Suhaime Mengaku Kerap Marah Suami

Datin Atikah Suhaime mengakui hubungan rumah tangganya bersama suami, Datuk Lokman Teh, tidak lagi sama seperti waktu awal perkahwinan.

Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Featured Wed, 2 Nov 2022

Mahu Jaga Anak Dahulu, Anzalna Nasir Tolak Tawaran Lakonan

Pelakon jelita, Anzalna Nasir lebih memilih untuk menjaga anak-anak berbanding terlibat dengan projek drama buat masa sekarang. Pelakon jelita itu mahu memikul tugas menjaga anak bersama suaminya, Hanif Zaki tidak kira sama ada mempunyai pembantu […]

error: Content is protected !!