Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops October 27, 2018 @ 5:00pm

Ingin Bekerja Sambil Melancong Di New Zealand? Ini Caranya Untuk Mohon Visa

“Working holiday” adalah peluang terbaik bagi anak-anak muda untuk memenuhi keinginan melancong mereka, dan pada masa yang sama mereka boleh mencari rezeki yang secukupnya untuk menampung keperluan diri ketika di sana.

Memang syok, tak tipu! 

Jika anda berminat, ada berita baik! New Zealand akan membuka permohonan visa untuk working holiday di sana bagi rakyat Malaysia!

Menurut laman web rasmi New Zealand Immigration, negara tersebut mengajak rakyat muda Malaysia untuk bekerja atau belajar di sana selama tak melebihi 6 bulan sementara mereka enjoy percutian mereka.

Kiranya anda menyelam sambil minum air gitu!

Foto: Erika & Eva Toh Travels

Walau bagaimanapun, para pemohon mesti ada NZ$2,250 (lebih kurang RM6,125) dalam tangan untuk menyara diri sendiri semasa di sana, just in case apa-apa berlaku.

Mereka juga perlu buktikan mereka ada jumlah wang tersebut sebaik saja mereka mendarat di New Zealand.

Di bawah ini adalah beberapa kriteria yang anda perlu penuhi untuk melayakkan diri:

  • Anda perlu berumur di antara 18 dan 30 tahun
  • Anda tak boleh mencari pekerjaan kekal di sana
  • Pekerjaan ini mesti sah dari segi undang-undang New Zealand
  • Anda tak boleh menawarkan perkhidmatan seks komersial
  • Anda tak boleh membawa anak untuk mengikuti anda
  • Sebuah visa berasingan akan diperlukan untuk pasangan anda

Jika berminat, permohonan ini boleh dilakukan dengan yuran sebanyak NZ$208 (lebih kurang RM566), yang anda boleh bayar melalui kad kredit. Ia akan diproses dalam masa 21 hari dan anda akan dihubungi melalui emel.

Anda dinasihatkan untuk menyediakan semua dokumen yang diperlukan sebelum anda memohon kerana anda mungkin diminta untuk kemukakan mereka sebagai bukti.

Foto: Backpacker Guide NZ

Untuk pengetahuan anda, had kuota adalah seramai 1,150 orang Malaysia setiap tahun. Permohonan ini dibuka pada 23 Januari 2019 pada pukul 5 pagi waktu Malaysia. Tandakan di kalendar anda!

Info selanjutnya boleh didapati di laman web ini.

Jika anda ingin mencari pengalaman menarik seperti yang digambarkan di atas, jom cuba nasib!

Lagipun, anda tahu tak bagaimana rupanya negara New Zealand? Gorgeous! Udaranya nyaman, alam sekitarnya indah, orang-orangnya peramah… memang best untuk dilawati.

Penulis pernah pergi, jadi percayalah. Pemandangan alam sekitar yang menanti gerenti akan membuatkan anda tak nak balik ke Malaysia. Serius!

Foto: IIBT Vietnam

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 17 May 2020
Acara Wed, 25 Sep 2019

Pameran Harumanis ketengah keunikan budaya Perlis

Pelbagai karya abstrak curi tumpuan

Gaya Hidup Mon, 16 Aug 2021

Untungnya… 30 Atlet Malaysia Dapat Makan Percuma Seumur Hidup Di Teh Tarik Place!

Bagi menghargai jasa 30 orang atlet yang mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Teh Tarik Place mengumumkan untuk memberikan ganjaran seumur hidup secara percuma berupa teh tarik dan produk makanan kepada semua wira negara […]

Featured Fri, 17 Apr 2020

Polis kenal pasti pasangan suami-isteri ‘angkuh’ lolos sekatan jalan raya PKP

Ismail Sabri beri ingatan jangan cuba perdaya pihak berkuasa

Gaya Hidup Fri, 9 Feb 2018

5 Perkara Mengenai Diet Yang Anda Mungkin Tersalah Anggap Selama Ini

Semakin moden semakin banyak tips dan trend kesihatan yang tersebar, sama ada dari mulut ataupun melalui Internet. Tapi adakah semuanya betul dan boleh diamalkan?

Featured Wed, 16 Nov 2022

Mesra Berkempen, Ketampanan Shahril Hamdan Raih Tumpuan – “Kalau Single Baru Saya Pangkah”

Ahli politik, Shahril Sufian Hamdan merupakan salah seorang calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15). @shahrilhamdan Rata-rata warga yang lebih berpengalaman daripada saya […]

Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

Enam Taktik Memikat Ini Mampu Membuatkan Lelaki Poket Tebal Jatuh Ke Tangan Anda

Kebanyakan wanita mendambakan lelaki kaya kerana mereka mengejar kemewahaan dan tidak mahu hidup susah.

Featured Thu, 8 Aug 2019
error: Content is protected !!