Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom August 28, 2018 @ 5:07pm

Ingin Cerdas Seperti Tun M? Jangan Pandang Remeh 9 Tip Ini

Mempersiapkan zuriat kita untuk menjadi insan yang unggul perlu bermula dengan didikan dari dalam perut lagi. Ia merangkumi banyak petua dan amalan baik bagi membentuk sahsiah diri yang hebat serta minda yang cerdas juga celik ilmu!

Pakar bidan dan sakit puan, Datuk Dr Hamid Arshat berkongsi 9 cara untuk mencerdaskan otak yang diamalkan beliau sejak dahulu seperti mana yang dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru tidak menghairankan walaupun beliau sudah menjangkau usia 73 tahun, Dr Hamid masih sihat dan mampu melakukan setiap pembedahan dengan jayanya.

Ikuti 9 amalan bagi memperoleh kecerdasan minda dan sihat tubuh badan walaupun di usia emas.

Foto: Pa&Ma

1. Amalkan gaya hidup sihat

Menurut Dr Hamid, apabila usia seseorang itu menjangkau 70 tahun, dia akan ada risiko untuk menghidap penyakit alzheimer iaitu penghidap nyanyuk dan kehilangan daya ingatan.

Oleh sebab itu, otak tidak dapat berfungsi dengan baik lalu menganggu urusan seharian.

Namun begitu, peningkatan usia fungsi otak ini akan tetap berkeadaan baik jika dia mengamalkan cara dan gaya hidup yang sihat serta aktif secara fizikal juga mental.

2. Rajin baca Al-Quran dan hafal sifir

Untuk mencerdaskan otak, anda harus rajin membaca Al-Quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari. Kemudian ulangi ayat-ayat Al-Quran itu sebanyak 40 kali sama ada ketika bersolat, memandu atau di mana saja.

Antara surah yang beliau hafal seperti Al-Mulk, As Saff, Al Sajadah, Al Qiyamah, Al Insan dan separuh Al Waqiah serta lain-lain. Surah ini kena selalu baca untuk terus ingat.

Selain itu, kanak-kanak perlu dilatih hafal sifir dan buat kira-kira tanpa menggunakan kalkulator atau komputer. Contohnya, ketika di sekolah rendah Dr Hamid telah menghafal sifir satu hingga 12. Latihan inilah yang membantu beliau memperoleh markah A dalam matematik untuk semua peperiksaan.

Foto; remaja.my

3. Lakukan senaman dan aktiviti fizikal

Cara mencerdaskan otak yang lain ialah dengan melakukan senaman dan aktiviti fizikal selama 30 minit kerana ia memberi manfaat pada kesihatan tubuh badan dan membantu cegah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Antara kebaikan lain:

  • Menambah sel-sel neuron
  • Kuatkan sambungan dan cegah kerosakan neuron
  • Senaman bantu mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yang meningkatkan fungsi pembelajaran
  • Meluaskan pusat ingatan
  • Melancarkan aliran darah pada otak

4. Belajar kemahiran baru dan cari hobi yang kita minat

Jika ingin terus sihat, belajar sesuatu kemahiran baru dan cari hobi yang kita minati serta gembira ketika melakukannya seperti berkebun, pertukangan, menjahit, memasak dan lain-lain.

Foto: Modellist-ID

5. Jangan buat banyak kerja serentak

Ya, jangan buat kerja serentak atau multi-tasking contohnya, membuat panggilan telefon tapi pada masa yang sama menyusun dan menyimpan barang. Pasti kita akan terlupa barang tersebut diletakkan di mana.

6. Jaga waktu tidur

Cukup tidur antara lima hingga tujuh jam setiap malam. Dengan tidur, anda dapat menguatkan sambungan saraf synapses dan seterusnya meningkatkan proses pembelajaran dan daya ingatan.

Kajian ke atas kanak-kanak selepas tidur waktu siang menunjukkan yang ketajaman otak meningkat. Untuk orang dewasa pula, tidur sekejap waktu siang (power nap) boleh meningkatkan daya fungsi otak.

7. Buat nota kecil

Amalan mencatit setiap perkara baru yang dipelajari dalam buku nota dapat meningkatkan ingatan kita. Apatah lagi, amalan ini juga menjadi tabiat untuk orang-orang di negara Jepun dan Korea.

Perlakuan ini juga dilakukan oleh Imam Shafie. Setelah mendengar kuliah daripada gurunya dia sering menulis nota di sebelah tapak tangan kirinya. Kemudian dia boleh mengingat semula segala yang dicatatkan di tapak tangannya itu.

Satu kajian ke atas kanak-kanak yang suka melukis tentang perkara baru yang dipelajari mendapati bahawa mereka berjaya dapat markah tinggi dalam ujian.

Foto; Pinterest

8. Amalkan makanan terbaik untuk otak

Makanan yang sihat, berkhasiat dan berzat sangat penting bagi pertumbuhan sel-sel otak dan myelin sheath iaitu buah-buahan, susu, bijirin, sayur-sayuran dan pelbagai lagi jenis makanan yang bermanfaat untuk tubuh yang mana informasinya boleh didapatkan melalui carian laman sesawang kesihatan yang diiktiraf.

Selain itu, kurangkan gula, karbohidrat dan makanan segera kerana meracuni sel-sel otak.

9. Permainan otak dan elak stres

Bermain permainan yang merangsang otak untuk pembacaan, kefahaman dan hafalan juga dapat meningkat fungsi otak supaya lebih baik.

Selain itu, elakkan tekanan fizikal, mental dan emosi secara berleluasa kerana ia boleh meracuni sel otak manusia.

Akhir kata, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 19 Jul 2019

Suami kaki pukul, isteri perlu bertindak!

Pertahankan hak sebagai isteri!

Cahaya Mata Fri, 5 Aug 2022

Pernah Terfikir Anak Hal Yang Menyusahkan, Raja Ilya Kini Rasa Nikmat Jadi Ibu

Yelah kan bila dah jadi ibu baru tahu macam mana perasaan happy ada baby tu kan? Alhamdulillah.

familuv Wed, 30 Nov 2022

Aksi Syida Melvin Sebak Di Wedding Syifa Melvin Viral Di TikTok – “Wedding Aku Hang Tak Nangis Kan?”

Adik kepada Syifa Melvin iaitu Syida Melvin atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin menjadi perhatian warganet kerana ucapan perkahwinan yang diberikan buat kakaknya itu. @syida.melvin Haihhh 💔 Dah tahan lama dah xnak nangis, […]

familuv Mon, 14 May 2018

Macam Ini Rupanya Nak Buat Bayi Aktif Dalam Perut. No.2 Paling Berkesan!

Bayi kurang aktif dalam kandungan? Anda boleh lakukan 3 cara ini.

familuv Thu, 2 Apr 2020
familuv Mon, 30 Jul 2018

Adakah Campuran Bijirin Di Dalam Botol Susu Bayi Anda Selamat Untuknya?

Ada yang guna teknik ini supaya anak mereka cepat tidur.

familuv Thu, 4 Oct 2018

5 Tip Untuk Menggalakkan Anak Anda Supaya Lebih Aktif Dari Segi Kesihatan Fizikal

Kanak-kanak yang aktif juga akan lebih fokus dalam pelajaran di sekolah.

familuv Thu, 29 Dec 2022
familuv Wed, 14 Dec 2022

“Tipulah Kalau Tiada Masalah Dalam Keluarga” – Pesanan Aisyah Habshee Curi Tumpuan Warganet

YouTuber dan pempengaruh terkenal Aisyah Habshee tular di media sosial dengan kata-katanya yang mengulas berkenaan institusi keluarga yang kurang kesefahaman @americano______ #aisyahhabshee #life #foryourpage #maryammuhsin ♬ original sound – radittt Aisyah memberitahu mustahil jika sebuah […]

familuv Mon, 18 May 2020
error: Content is protected !!