Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal September 27, 2018 @ 1:38pm

Ingin Lebih Produktiviti Dalam Kerja Seharian, Jom Amalkan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Xerox Ursula Burns, pengasas dari Virgin Group Richard Branson, beliau mengatakan bahawa jika anda bangun sebelum terbitnya matahari pada setiap hari anda mempunyai masa yang lebih produktif berbanding orang yang sering bangun lewat.

Malah, anda juga mempunyai masa yang banyak untuk melakukan senaman untuk mendapatkan badan yang cergas dan otak yang sihat. Malangnya, untuk menjadikan ianya sebagai satu kebiasaan dalam kehidupan seharian bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan.
Di bawah adalah beberapa tips yang boleh anda amalkan :

1. ADA MATLAMAT YANG INGIN DITUJU

Setiap pagi ketika bangun dari tidur, tetapkan dalam diri bahawa anda ingin berjaya dan ada matlamat yang ingin dituju. Dengan ini anda akan merasa lebih bermotivasi dan bersemangat untuk meneruskan perjalanan. Jadikan waktu pagi sebagai waktu untuk kita berasa teruja untuk melakukan sesuatu. Jika tidak, hari anda akan menjadi sia-sia dengan hanya tidur sepanjang hari. I

Mengambil sarapan pagi juga amat penting untuk mengekalkan kecergasan sepanjang hari. Dengan mengambil makanan yang penuh berkhasiat, anda juga lebih bertenaga untuk melakukan aktiviti yang seterusnya. Pelbagai perkara menarik yang boleh anda lakukan sepanjang hari seperti, dengan membaca buku, dan melakukan senaman.

2. TETAPKAN WAKTU TIDUR

Kebanyakan daripada kita mengetahui bahawa tidur yang mencukupi dapat membuatkan kita cenderung untuk bangun dengan lebih awal. Tidur yang mencukupi sekitar 8 sehingga 9 jam sehari dapat mengekalkan kecergasan dalam diri.

Untuk mereka yang sukar mendapatkan tidur yang sempurna, jam penggera adalah amat penting untuk anda menetapkan masa pada waktu bila untuk anda bangun dari tidur. Ianya mungkin dapat membantu dan lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan dalam diri.

3. MINUM SEGELAS AIR SEBELUM TIDUR

Pengguna Quora mengesyorkan bahawa, dengan minum segelas air sebelum tidur dapat membuatkan anda lebih bertenaga pada esok harinya. Menurut penulis, beliau telah mengamalkan perkara ini pada setiap hari dengan minum 300ml sebelum tidur dapat membuatkan beliau lebih mudah untuk bangun pagi.

Image result for bangun tidur

4. JADIKAN RUTIN MALAM WAKTU ADALAH PERKARA MENYERONOKKAN.

Satu cara untuk menjadikan waktu malam adalah perkara yang menyeronokkan ialah, dengan melakukan beberapa aktiviti seperti membaca buku, dan sebagainya. Dengan cara ini juga mudah untuk membuatkan anda merasa lebih mengantuk pada awal waktu.
Simon Haestoe telah berkongsi pengalamanya selama ini “Selama 15 tahun saya sukar untuk mendapatkan tidur yang sempurna. Hampir setiap hari saya akan tidur lewat di malam hari kerana sentiasa mencari waktu yang menarik untuk di lakukan”.

5. JANGAN TIDUR BERLEBIHAN

Sekiranya anda kurang mendapatkan tidur pada awal waktu, kemungkinan untuk anda bangun pada awal pagi adalah amat sukar. Kajian mendapati bahawa, tidur yang berlebihan akan membuatkan badan anda menjadi lesu. Ini kerana, waktu tidur yang berlebihan boleh menukar waktu tidur normal anda.

Jeff Smith menceritakan pengalaman beliau bahawa, selama 4 bulan beliau mengalami masalah tidur. Oleh kerana masalah itu sering terjadi, disebabkan itulah dia sering bangun lewat dan akan mengakibatkan tidur yang berlebihan.

6. LAKUKAN AKTIVITI DI AWAL PAGI

Menurut Anita Singh, beliau telah mengamalkan aktiviti yoga seawal jam 6 pagi. Jika anda berminat untuk melakukan beberapa aktviti di awal pagi, komitmen dan disiplin yang tinggi amat penting. Mungkin ini juga dapat membantu anda untuk lebih bersemangat menunggu hari-hari yang akan datang.

Image result for bangun tidur

7. MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB MENGEJUTKAN ORANG LAIN

Mungkin tip ini amat berguna untuk anda cuba. Beritahu kepada ahli keluarga atau rakan-rakan anda bahawa anda akan mengejutkan mereka pada waktu yang sepatutnya. Tip ini juga membuatkan anda lebih rasa bertanggungjawab dan akan lebih mudah untuk bangun pada awal waktu. Selain dari itu, anda tidak akan mensia-sia kan waktu yang ada dengan hanya tidur sepanjang hari.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 25 Sep 2019

Achieve The Glass Skin And K-Beauty Look With Jeju Cherry Blossom Tone Up Pop Up And You Can Get All These Free Goodies From Innisfree

Visit the Pop Up Tone Up Jeju Cherry Blossom event and get all these free skincare goodies from Innisfree!

LIFESTYLE Sun, 14 Apr 2019

「鬼仔巷」成吉隆坡茨厂街崭新景点

「鬼仔巷」成为吉隆坡茨厂街崭新景点!翻新美化具有历史意义的黄金地段,为商家创造无限商机。

Events Thu, 16 Apr 2020
LIFESTYLE Sat, 22 Sep 2018

新墨西哥白沙丘宛如梦境!日摄影师拍出绝美的纯白世界

近期新墨西哥州的「白沙国家公园」因为日本摄影师Yoshihiro Makino举办的艺术展再次受到瞩目!

LIFESTYLE Thu, 27 Dec 2018

Bengkak Pada Leher Mungkin Petanda Kanser?

Bengkak Pada Leher Mungkin Petanda Kanser? Baca Perkongsian Doktor Ini

LIFESTYLE Fri, 11 Jan 2019

Nestle Malaysia Sahkan Produk KitKat Keluaran Jepun Tak Selamat

Nestle Malaysia Sahkan Produk KitKat Keluaran Jepun Tak Selamat Untuk Orang Islam

LIFESTYLE Sat, 21 Apr 2018

用力笑吧!「笑」为身心带来5大好处

你有多久没笑了呢?我们常常希望身边能够遇到风趣幽默的朋友,能够逗得自己哈哈笑,但距离上一次自己开怀大笑是什么时候呢?

LIFESTYLE Thu, 18 Oct 2018

Euwww…Perhatikan Wajah Korang Secara Teliti, Ada Tak BENDA Ni?

Perhatikan makanan yang korang ambil setiap hari. Lihat kuantiti minyaknya, itu juga salah satu faktor mengapa blackhead atau whitehead ‘menggila’.

LIFESTYLE Wed, 13 Feb 2019

6 Places to Prove Why Malaysia is Worth Falling in Love With

They’re also great destinations for both couple and solo travelling!

LIFESTYLE Fri, 6 Dec 2019

Jantung Terhenti Boleh Terjadi Bila-Bila Masa Walaupun Sedang Bersukan

Jika anda mempunyai sakit jantung kurangkan bersukan ya

error: Content is protected !!