Euforia Bola 2026
Featured By: Nurul Hana April 18, 2023 @ 12:13pm

“Ini Bukan Kontroversi Murahan..” – DSV Tampil Dengan Lagu Raya ‘Muah Muah Raya’

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya Hasmiza Othman muncul dengan lagu Raya berjudul Muah Muah Raya.

Menurut DSV, lagu ini dilancarkan tanpa sebarang elemen kontroversi murahan malah.

“Alhamdulillah, sambutan lagu ini di luar jangkaan dan penerimaan sangat positif. Komen peminat dan masyarakat di media sosial meletakkan ini sebenarnya lagu raya terbaik dan nombor satu tahun ini.

“Insya-Allah, lagu ini akan trending tidak lama lagi. Pertaruhan lagu ini bukan kontroversi murahan tapi kualiti. Pendengar pun suka dan puji suara saya sedap. Saya juga menyasarkan lagu ni menembusi pasaran Indonesia,” katanya.

Dengan bersandarkan kualiti pada lagu itu, vida berkata Muah Muah Raya bakal menjadi lagu raya yang ‘evergreen’ dan menjadi pilihan untuk terus didengar setiap kali perayaan.

“Lagu ini pun belum 24 jam lagi dan saya pun belum sempat buat promosi. Kali ini saya memang tak nak lancarkan dengan kontroversi. Saya memilih lancar selepas Subuh, jam 6.30 pagi semalam. Kalau malam tak sesuai sebab solat tarawih dan malam ganjil. Takkan saya nak lancar lagu kan.

“Kiranya, saya lancar lagu ini berdasarkan kekuatan dan ‘share’ daripada orang ramai. Kalau nak harap kontroversi ia jangka pendek saja. Dengan kualiti yang ada, insya-Allah lagu ini akan kekal lama dan saya nak ia malar segar. Setiap kali raya, orang ingat dan dengar lagu ini. Bagi sayq, lagu ini adalah masterpeace tekno yang ada ‘vibes’ raya di kampung,” katanya.

Mengenai pemilihan tajuk Muah Muah Raya, Vida berkata bunyi ‘muah muah’ itu sudah menjadi kebiasaan jika seseorang itu saling bersalaman.

“Bagi mereka yang rapat, kalau bersalaman mesti akan bunyikan ‘muah muah’. Dari situ timbul idea nak hasilkan lirik lagu ini. Dalam masa sama, ia sesuatu yang sudah biasa kita dengar.

“Bukan saja lirik, tapi konsep lagu dan video muzik juga daripada saya. Walaupun dicipta oleh Amy Ukays, tapi saya berikan idea yang mana nak ‘vibes’ yang lain dan betul-betul raya.

“Macam dalam MV, saya ada libatkan Cik B, Kacak dan kanak-kanak lain. Saya nak ada eleman kekeluargaan. Walaupun susah nak aturkan budak-budak, tapi dapat juga buat.
Saya puas hati dengan hasilnya,” katanya.

Lagu dan video muzik rasmi Muah Muah Raya boleh ditonton di saluran Youtube Seventeen Eleven Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Oct 2025

Kapsyen Curi Perhatian, Alif Satar Kongsi ‘Teguran Sentap’ – “Cinta Dunia Tapi Takut Mati…. Itu Kita Lah!”

Menerusi kapsyen pendek itu, Alif berkongsi petikan hadith Nabi SAW yang sarat dengan peringatan.

Trending Fri, 22 Oct 2021

Persiapan Kahwin Dah Selesai 50%, Zalif Sidek Bakal Nikah 26 Februari 2022

Pelakon Zalif Sidek, 36, berkongsi persiapan perkahwinan dengan kekasih hatinya, Anis Marzuki, 24, sudah siap sebanyak 50 peratus. Menurut Zalif yang bakal bernikah pada 26 Februari tahun hadapan, dia bersyukur segalanya dipermudahkan biarpun perancangan asal […]

Trending Wed, 29 Jan 2020
Trending Wed, 18 Nov 2020
Featured Thu, 23 May 2024

Pertikai Kenyataan Pergi Makkah Balik Hari Untuk Beli Perfume, Ryzal Ibrahim Gelar Netizen Jahil Pengetahun Agama – “Sampai Nak Baca Ilmu Pun Malas”

Betulll! Min setuju💯 at least bacalah dulu, kalau rajin buat research nampak lah cerdik😎✌️

Hiburan Mon, 27 Apr 2026
Featured Wed, 9 Nov 2022
Trending Tue, 12 Mar 2019

Wanita diserang harimau bintang setelah memanjat pagar untuk swafoto

Hendak mengambil gambar pun, perlu fikir keselamatan diri juga.

error: Content is protected !!