Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 22, 2021 @ 1:47am

Persiapan Kahwin Dah Selesai 50%, Zalif Sidek Bakal Nikah 26 Februari 2022

Pelakon Zalif Sidek, 36, berkongsi persiapan perkahwinan dengan kekasih hatinya, Anis Marzuki, 24, sudah siap sebanyak 50 peratus.

Menurut Zalif yang bakal bernikah pada 26 Februari tahun hadapan, dia bersyukur segalanya dipermudahkan biarpun perancangan asal untuk meraikan hari bahagia ketika sambutan 1 Syawal lalu tertunda kerana lockdown.

“Saya rasa sangat bersyukur kerana semuanya dipermudahkan. Saya dan bakal isteri kini sedang sibuk melakukan persiapan majlis kahwin yang sudah siap sebanyak 50 peratus.

“Ikutkan perancangan pihak saya nak hantar rombongan pada 1 Syawal lalu, namun ia terpaksa dianjakkan kepada tarikh baru kerana ‘lockdown’, tak boleh nak rentas.

“Jadi kami ambil keputusan untuk serahkan cincin terlebih dulu untuk majlis tunang. Ketika itulah kedua belah keluarga sepakat untuk langsung majlis nikah pada 26 Februari depan. Insya-Allah,” katanya.

Ketika ditanya mengapa dia memilih tarikh 26 Februari, pelakon yang kini turut terlibat bersama ‘team’ produksi penerbitan, Dream At Work Sdn Bhd ini tidak mempunyai alasan spesifik.

“Jujurnya, tiada apa-apa maksud istimewa di sebalik tarikh tersebut. Cumanya tarikh itu dirasakan waktu paling sesuai untuk kedua keluarga kami bertemu dan saling berkenalan.

“Selain itu, ada juga di antara keluarga saya yang belum berkesempatan untuk bertemu ketika bapa meninggal dunia Januari lalu. Inilah masa untuk kembali rapatkan silaturrahim.

“Persiapan pun sudah banyak diselesaikan. Bila sudah tempah dewan, tak perlu lagi nak fikirkan soal pelamin apa semua kerana semuanya sudah disediakan. Tinggal lagi nak cari baju kahwin dan cukupkan hantaran,” katanya.

Sementara itu, pelakon filem Bini-Biniku Gangster ini bersama pasangannya memilih untuk melangsungkan majlis secara sederhana.

“Awalnya memang ada rancang untuk anjur majlis dengan lebih meriah, tapi bila mengenangkan fasa pandemik ini, kami pilih untuk bersederhana sahaja. Kalau nak diikutkan pun, saya okay saja kalau perlu nikah dulu, majlis kemudian.

“Malah sebelum ini pun ada juga rakan artis yang bernikah secara atas talian atas sebab tertentu. Saya tak kisah cuma kami pun perlu hormati permintaan kedua belah keluarga. Tak boleh nak pentingkan diri-sendiri juga,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 12 Jun 2022

Konsert Ruffedge Di Dewan Filharmonik Petronas Bakal Mengimbau Memori Lama

Ruffedge bakal mengadakan konsert pada 2 Julai 2022 di Dewan Filharmonik PETRONAS!

Hiburan Thu, 2 Jul 2026

Rekod Anak Dipersoal Tak Setanding MSSM, Rita Rudaini ‘Sekolahkan’ Netizen – “Semua Atlet Bermula Dari Bawah”

Rita meluahkan rasa kurang senang terhadap komen yang mendakwa kejayaan anaknya di peringkat MRSM tidak boleh disamakan dengan kejohanan MSSM

Kes Mahkamah Tue, 26 Dec 2023

Kes Amang Seksual: PU Azman Diarah Bela Diri

Semoga kes ini diadili dengan baik dan telus

Hiburan Thu, 11 Dec 2025

Individu Beri Pesanan Jangan Ambil Suami Orang Lagi, Ini Respons Adira Suhaimi – “Saya Perlu Jaga Nama Anak-Anak”

Adira Suhaimi berkata fokusnya kini adalah menjaga maruah dan masa depan anak-anak

Featured Tue, 19 Jul 2022

“Saya Tak Perlukan Harta Benda, Cukup Bagi Perhatian” – Nadya Syahera Akui Rumah Tangga Bergolak Gara-Gara…

Luahan hati seorang isteri 🥲 Apapun, min doakan semoga hubuangan Nadya dan suami akan bertambah baik ❤️

error: Content is protected !!