Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 14, 2024 @ 2:23pm

“Ini Bukan Pertandingan Siapa Menang, Siapa Kalah”-  Diperli Gagal Dapat Hak Interim Penjagaan Anak, Fizi Ali Perjelas Situasi Sebenar

Penyampai radio sensasi, Fizi Ali tampil memberi penjelasan mengenai keputusan hak interim penjagaan anaknya yang diberikan kepada bekas isterinya yang juga pelakon, Shakilla Khoriri pada Isnin.

Menurut Fizi, sebaik keputusan tersebut diterima, ada individu yang berani tampil memberi pesanan langsung (direct message) dengan mentertawakan dirinya dan memberikan komen sarkastik menerusi platform media sosialnya itu.

Pelik dengan situasi  tersebut, dia bagaimanapun memaklumkan, perkara itu bukanlah satu pertandingan dan bukan juga untuk merebut hak jagaan anak melainkan mahu Ameena mendapat kasih sayang sama-rata.

“Ada yang DM siap gelak padan muka kalah…pelik betul. Ini bukan pertandingan siapa menang ke kalah.. okay untuk betulkan yang mungkin tersalah, hadanah interim ni adalah hak jagaan sebelum ke hadanah kekal (induk ).

“So, kira hadanah interim dah settle atas persetujuan baik dua belah pihak dan atas budi bicara peguam masing-masing, alhamdulillah. Terima kasih kerana untuk Ameena kita perbetulkan dan perbaiki mana yang perlu.

“Sekarang nak settlekan hadanah kekal ( induk ) pula jadi, mana istilah menang atau kalah? Lagi sekali saya tekankan saya bukan merebut HAK JAGAAN cuma HAK melawat dan HAK bermalam dan hak Ameena mendapat kasih sayang yang sama-rata,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

 

Dalam pada itu, Fizi atau nama penuhnya, Mohd Hafizudin Alimudin berkata, sejak dari awal lagi dia telahpun bersetuju untuk memberikan hak penjagaan kepada Shakilla dan perkara itu sedang dalam proses untuk diselesaikan.

“Dari awal saya memang dah setuju dan beri hak jagaan pada ibunya.

“Untuk makluman semua, sebenarnya kami melalui peguam masing-masing telah mencapai persetujuan tentang hak jagaan dan lawatan ni. Bukan setakat kes interim tetapi yang kekal juga. Insya-Allah peguam dalam proses untuk selesaikan kes ini dalam masa terdekat. Doakan yang baik-baik moga semuanya dipermudahkan.

“Orang yang cakap kalah tu, dia tak faham…saya rasa tak ada keperluan untuk saya fahamkan. Biarlah mereka nak faham dengan apa yang mereka faham, yang penting alhamdulillah… saya dah dapat hak saya untuk bersama Ameena. Saya cukup happy. Alhamdulillah dan terima kasih,” ulasnya.

Untuk rekod Fizi Ali dan Shakilla Khoriri berkahwin pada 18 Februari 2018 namun sah bercerai pada tahun 2020.

Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Nurul Ameena Sofia.

Namun, pada 15 Disember 2023, Fizi memfailkan tuntutan hadanah terhadap Shakilla berhubung hak penjagaan Ameena yang kini berusia 5 tahun.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Jul 2018

Kutip Sampah Usai Perlawanan Bola Sepak, Alahai Sweetnya YB Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq buat penonton tergamam dan malu alah apabila mengutip sampah yang dibuang mereka.

Eat Travel Mon, 14 Oct 2019
Trending Mon, 16 Apr 2018

Untuk Masa Depan, NASA Cari Planet Tampung Hidupan

Jadi untuk beberapa tahun akan datang, kita mungkin boleh berjalan dan menuding ke arah bintang yang memiliki planet. Ini adalah masa depan!

Hiburan Wed, 20 Nov 2019

Kes Curi Aliff Ditangguhkan Kerana Tuduhan Ketiga

Jangan disia-siakan bakat yang ada ye dik?

Hiburan Thu, 1 Mar 2018

Kami Mohon Maaf – Naelofar Hijab

Syarikat memohon maaf terutama kepada penyokong kuat jenama Naelofar dan semua individu yang terjejas dengan insiden itu.

Hiburan Sat, 20 Sep 2025
Eat Travel Wed, 17 Jun 2020
Hiburan Wed, 4 Dec 2019
Featured Mon, 23 Jun 2025
error: Content is protected !!