Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin April 3, 2018 @ 10:37am

Ini Cara Nak Masak Ayam Goreng Ala KFC, Semestinya Menjilat Jari

Ayam goreng pastinya digemari oleh semua orang tidak kiralah kanak-kanak mahupun kita yang dah dewasa ini. Betul tak? Lagi-lagi kalau dapat makan panas-panas memang sedap! Ia juga salah satu menu masakan yang senang dan mudah untuk dimasak. Biasanya, kalau nak jimat masa, kita akan goreng ayam yang digaul dengan kunyit je, ada juga digoreng dengan tepung salut ayam. Itu pun dah cukup sedap kan?

Tetapi, kali ini kami ingin kongsikan kepada anda cara membuat ayam goreng ala KFC yang mudah dan sedap. Anda bolehlah mencuba resepi ini untuk hidangan anda sekeluarga. Memang sedap hingga menjilat jari.

Bahan-Bahan Perap

Ayam setengah ekor

2 Sudu besar serbuk cili (ikut citarasa masing-masing)

2 Sudu besar serbuk kari

10 Ulas bawang putih (ditumbuk)

1 Sudu besar serbuk lada hitam

1 Sudu besar lada sulah

2 Sudu kecil garam

1 Sudu kecil serbuk perasa 

1 Sudu kecil soda bikarbonat

1 Sudu kecil cuka (untuk ayam juicy)

Bahan Salut:

2 Biji telur

1 Cawan tepung gandum

1 Cawan tepung jagung

1 Sudu kecil garam

1 Sudu kecil serbuk cili

1 Sudu kecil soda bikarbonat

Cara-caranya: 

Masukkan ayam ke dalam bekas besar dan masukkan kesemua bahan perap. Gaul rata semua bahan tersebut. Perap sekurang-kurangnya 30 minit, lagi lama anda perap lagi sedap! Setelah diperap, masukkan telur dan gaul rata. Kemudian, gaul rata kesemua bahan salut. Masukkan ayam ke dalam bahan salut dan salutkan pada keseluruhan ayam.

Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas tau! Goreng ayam di dalam minyak yang banyak (deep fry). Setelah kekuningan, angkat ayam dan toskan. Siap!

Anda juga boleh tengok sendiri video ini untuk membuat ayam goreng ala KFC:

Mudah je kan? Jadi apa lagi jom cuba resepi ini! Selamat mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 23 Mar 2020
Featured Sat, 25 Oct 2025

Linda Hashim Rimas, Penyondol Beri ‘Warning’ Jangan Ganggu Beego – “Mereka Boleh Buat Suka Hati, Tapi Jangan Ganggu Saya!”

Kata Linda, dia telah didatangi seorang wanita didakwa kekasih suaminya yang mendesak untuk mereka segera berpisah.

Featured Fri, 4 Nov 2022
Featured Wed, 15 Apr 2020

Menjengah kehidupan Victoria Beckham, dia miliki segalanya yang didambakan wanita

Victoria juga sangat dikasihi suaminya David Beckham

Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Sun, 26 Dec 2021

2 Ahli Kumpulan BTS, Rap Monster & Jin Positif Covid-19

Syarikat agensi kumpulan BTS, Big Hit Music memberitahu dua lagi ahli kumpulan itu, Rap Monster (RM) dan Jin telah dijangkiti wabak Covid-19 pada Sabtu selepas pulang dari konsert mereka di Amerika Syarikat. RM, 27, dan […]

Featured Thu, 10 Apr 2025

Isu Pramugari Persoal Fasha Sandha Naik Kelas Ekonomi, Zeera Azizi Anggap Intonasi Punca Salah Faham

Kata Zeera, mungkin berlaku salah faham antara pramugari berkenaan dan Fasha pada ketika itu disebabkan penggunaan intonasi yang digunakan.

error: Content is protected !!