Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops November 29, 2018 @ 12:00pm

Ini Dia Resipi Roti Cinnamon Roll Berkrim Yang Lazat, Peminat Cinnabon Mesti Suka!

Selalunya serbuk kayu manis digunakan dalam resipi kari atau gulai Melayu. Tapi apabila ia dalam bentuk serbuk, sedap pula rasanya apabila dijadikan sebagai perisa roti.

Bagi anda yang tak pernah rasa, serius sedap! Anda kena cuba! Rasa rempah itu mungkin sedikit kuat, jadi itu sebabnya anda kena makan roti ini dengan krim manis. Barulah seimbang rasanya.

Foto: Tasty

Roti ini popular dan ada dijual di kedai-kedai roti seperti Cinnabon. Jika anda nak buat sendiri, anda boleh ikuti resipi di bawah ini.

Bahan-Bahan

1. Doh

  • ½ cawan mentega tanpa garam, dicairkan
  • 2 cawan susu penuh krim, suam apabila disentuh
  • ½ cawan gula halus
  • 7 gram yis kering
  • 5 cawan tepung, dibahagikan mengikut cawan
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 2 sudu kecil garam

2. Isi

  • ¾ cawan mentega, dilembutkan
  • ¾ cawan gula perang ringan
  • 2 sudu besar serbuk kayu manis

3. Frosting

  • 113 cream cheese, dilembutkan
  • 2 sudu besar mentega, dicairkan
  • 2 sudu besar susu penuh krim
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • 1 cawan gula serbuk

Cara Penyediaan

  1. Sapukan mentega pada cake pan bulat berjenis foil pakai buang. Banyak-banyak pun tak apa.
  2. Di dalam mangkuk besar, pukul sekali susu suam, mentega cair dan gula halus. Campuran ini sepatutnya jadi suam-suam juga, iaitu di sekitar suhu 38-43˚C. Jika ia terlalu panas, biarkan sejuk sedikit.
  3. Taburkan yis dengan rata ke atas campuran tadi dan biarkan rehat selama 1 minit.
  4. Tambahkan 4 cawan tepung serba guna ke adunan susu tadi dan gaul dengan sudu kayu hingga sedikit sebati.
  5. Cover mangkuk itu dengan kain tuala bersih atau plastic wrap dan letakkan di tempat panas selama 1 jam.
  6. Panaskan oven ke suhu 180˚C.
  7. Selepas sejam, doh tadi sepatutnya dah membesar dua kali ganda saiz asal. Alihkan tuala atau plastic wrap dan tambahkan ¾ cawan tepung, serbuk penaik dan garam. Gaul dengan sebati dan letakkan adunan ke atas permukaan rata yang bertepung.
  8. Uli doh sikit-sikit, tambahkan sedikit tepung jika perlu, hingga doh itu tak lagi melekit dan tak melekat pada permukaan rata tadi.
  9. Uli doh hingga ketebalannya menjadi setengah inci. Betulkan bahagian tepi dan bucu supaya ia nampak tajam dan seimbang.
  10. Sapukan mentega lembut dengan rata ke atas doh.
  11. Taburkan gula perang dan kemudian taburkan pula serbuk kayu manis (banyak-banyak pun tak apa) dengan rata. Pastikan mereka melekat pada mentega lembut tadi.
  12. Gulung doh hingga menjadi silinder panjang dan tekan-tekan sikit supaya lipatan tak terbuka. Dengan bahagian lipatan di bawah, trim kedua-dua bahagian tepi silinder ini supaya kemas.
  13. Potong dua, dan kemudian potong setiap satu ke 7 bahagian (iaitu 1½ inci ketebalan setiap keping).
  14. Letakkan 7 cinnamon roll di dalam setiap cake pan (satu di tengah, dan 6 di sekeliling). Cover dengan plastic wrap dan letakkan di ruang panas untuk ‘naik’ selama 30 minit.
  15. Alihkan plastic wrap. Bakar cinnamon roll di dalam oven selama 25-30 minit, hingga emas keperangan.
  16. Sambil roll ini tengah masak, jom buat frosting! Di dalam mangkuk sederhana, pukul sekali cream cheese, mentega, vanila, susu penuh krim dan gula serbuk hingga sebati dan lembut.
  17. Keluarkan roti cinnamon dari dalam oven. Ketika ia masih suam-suam, tuangkan frosting ke atasnya dengan rata.

Selamat mencuba!

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 16 Jul 2019

17 foto mengapa Hoi An di Vietnam dipilih bandar terbaik dunia 2019

Dekat saja dengan Malaysia, jadi bolehlah pergi melancong!

Eat Travel Mon, 17 Feb 2020
Eat Travel Thu, 20 Dec 2018

‘Tis The Season To Have A Yummy ‘Kissmas Feast’ With A Little Asian Twist!

You don’t need to celebrate Christmas to enjoy it!

Eat Travel Wed, 18 Dec 2019

Jom belajar buat jamu manjakani, cik abang mesti ‘suka’

Banyak kebaikan mengamalkan jamu ini!

Eat Travel Tue, 19 Mar 2019

Elak daun kesum layu, kekalkan kesegaran seperti baru dipetik

Kaedah ringkas pastikan daun kesum kekal beraroma

Eat Travel Sat, 15 Sep 2018

Raikan Hari Lahir Kesayangan Anda Dengan Chocolate Crepe Cake Ini. Buat Sendiri Lagi Sedap!

Kalau nak lagi sedap, simpan kek ini di dalam peti sejuk sebelum anda makan!

Eat Travel Thu, 28 May 2020
Eat Travel Sun, 5 Apr 2020
Acara Fri, 18 Oct 2019

Menu popular Kenny Rogers Roasters buat kemunculan semula

Garlic Butter Chicken, ayam panggang yang dilimpahi dengan sos berkrim mentega dan bawang putih

Eat Travel Sun, 25 Nov 2018

Resipi Cream Puff Paling Senang Nak Buat. Yang Penting Sedap!

Anda pasti makan berbiji-biji cream puff ini. Sedap gila!

error: Content is protected !!