Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops March 7, 2019 @ 11:00am

Dua bahan sahaja untuk dadih buah sejuk beku yang enak, senang sangat!

Memandangkan Malaysia sekarang ini sedang mengalami cuaca panas, snek sejuk beku pasti menggamit selera anda.

Pastinya pilihan pertama yang muncul dalam minda ialah aiskrim kerana rasanya yang sejuk dapat memberi ketenangan. Tetapi daripada memilih snek yang mengandungi gula, apa kata anda pilih variasi yang lebih menyihatkan, iaitu dadih buah-buahan segar yang telah disejukbekukan.

Gabungan kedua-dua ramuan dadih dan buah sejuk memberikan tekstur lembut yang lebih kurang sama dengan tekstur aiskrim.

Rasanya pula cukup sedap, jadi kanak-kanak pasti suka! Lagipun, buah-buahan itu diimbangi kandungan protein dan anda tidak perlu bimbang jika mereka terlebih makan gula.

Tambahan pula, anda boleh menyediakan hidangan snek ini bersama-sama dengan anak anda kerana langkahnya sangat mudah.

Foto: Yummy Toddler Food

Anda hanya memerlukan dua bahan sahaja, iaitu buah dan dadih. Masukkan kedua-dua bahan berkenaan ke dalam mesin pengisar!

Anda boleh menggunakan sebarang jenis buah beri, mangga, pisang atau nanas yang disejukbekukan. Sebaik-baiknya pilih apa yang anda dan keluarga gemari.

Anda boleh menggunakan dadih asas sebarang jenama dan jika  ingin menambah pemanis, masukkan sedikit madu atau esen vanila.

Bahan:

  • 1 cawan kepingan buah yang disejuk beku
  • ½ cawan dadih

Cara penyediaan:

1. Kisar buah dan dadih dengan mesin pengisar berkuasa tinggi.

2. Kisar hingga lembut dan halus. Hentikan kisaran dan kacau untuk memastikan semua kepingan hancur sempurna .

3. Hidang.

Panduan:

Bagi tujuan penyimpanan, masukkan dadih ini di dalam bekas kedap udara dan bekukan hingga tiba masa untuk menghidangkannya.

Biarkan cair sedikit pada suhu bilik selama 10 ke 20 minit sebelum dihidangkan.

Sumber: Yummy Toddler Food

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 1 Apr 2020

Beza marjerin dan mentega, mana yang lebih sihat?

Ketahui risikonya terhadap kesihatan

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Sat, 9 May 2020
Eat Travel Fri, 3 Apr 2020
Eat Travel Mon, 26 Nov 2018

Felda Residence Hot Spring, Sauna Semula Jadi Wajib Dikunjungi

Mata air panas terkenal sebagai salah satu rawatan alternatif pelbagai penyakit kulit.

Eat Travel Mon, 3 Jun 2019

3 cara mudah elak hidang biskut raya lemau

Enaknya menggigit biskut yang rangup!

Eat Travel Fri, 26 Oct 2018

Ini Resipi Ayam Bersalut Sos Teriyaki Yang Ringkas & Mudah Untuk Anda Cuba

Sos ini manis-manis dan memang kena dengan ayam.

Eat Travel Sat, 11 Apr 2020
Eat Travel Wed, 29 Apr 2020

Cencaru bakar tempoyak ratu Ketuk-ketuk Ramadan undang perut berkeroncong!

Lauk mudah disediakan, sedapnya tahap angkat ibu jari

error: Content is protected !!