Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin May 3, 2018 @ 10:00am

Ini Rupanya Cara Nak Buat Donat Yang Lembut Dan Gebu. Memang Mudah Sangat!

Donat merupakan makanan yang digemari ramai. Teksturnya yang lembut dan ditambah pula dengan pelbagai aneka topping pasti membuatkan anda tak cukup kalau makan sebiji donat. Betul tak? Kali ini penulis nak kongsikan macam mana nak buat donat yang lembut dan gebu. Yang pasti caranya sangat mudah untuk anda buat di rumah bersama anak-anak.

Bahan-bahannya:

500 gram tepung gandum

2 sudu kecil yis

1 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

2 sudu besar susu pekat

2 sudu besar mentega

1 cawan air suam

2 sudu besar susu tepung

Gula kastor secukupnya

Cara-caranya pula:

1. Masukkan gula, susu pekat, air suam dan garam ke dalam mangkuk. Kacau sehingga rata dan ketepikan dahulu.

2. Masukkan tepung bersama yis, susu tepung, mentega dan campuran gula, susu, air suam dan garam tadi ke dalam bekas yang berbeza. Kacau sehingga rata dan uli sehingga menjadi doh.

3. Setelah siap uli adunan tersebut, tutup doh dengan tuala lembap dan biarkan doh tersebut kembang dan naik hingga 3 kali ganda.

4. Seterusnya, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan canai nipis. Terap doh tersebut dengan menggunakan acuan donat.

5. Panaskan minyak dalam pan dan goreng donat tersebut sehingga berwarna kekuningan dan keemasan. 

6. Anda boleh salut donat dengan gula kastor dan sedia untuk dihidangkan. Anda juga boleh salutkan donat dengan coklat, peanut butter dan sebagainya mengikut citarasa anda. Anda juga boleh tengok video ini untuk rujukan anda.

Mudah sahaja kan? Kalau anda nak berniaga ke bolehlah tiru resepi ini, pasti pelanggan anda suka. Selamat mencuba!

Sumber: iCookAsia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 28 Mar 2020
Eat Travel Wed, 13 Mar 2019

20 of the most colourful places on earth

Look at these gorgeous photos!

Eat Travel Wed, 1 Apr 2020

Beza marjerin dan mentega, mana yang lebih sihat?

Ketahui risikonya terhadap kesihatan

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Fri, 9 Feb 2024
Eat Travel Mon, 3 Dec 2018
Eat Travel Thu, 29 Nov 2018

Tidak Perlu Ke Greece, Kini Anda Boleh Nikmati Pengalaman Santorini Di Thailand

Seni bina bangunan termasuk penggunaan warna putih dan biru, membuatkan pengunjung terasa bagaikan di Santorini, Greece.

Eat Travel Wed, 14 Nov 2018

The Billboard, Markas Baru Buat Penggemar Masakan Barat!

Sambil menikmati hidangan yang lazat, anda juga ditemani alunan muzik menggetar jiwa. Cool habis!

Eat Travel Sat, 2 Feb 2019

Kekangan bajet untuk bercuti? Jom bergembira di 99 Wonderland Park, Jimat! 

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini!  

error: Content is protected !!