Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops November 30, 2018 @ 5:00pm

Inilah Sebab Anda Perlu Beli Insurans Pelancongan & Panduan Ketika Membelinya

Ramai orang anggap insurans ketika melancong itu tak penting. Mungkin mereka ingat yang akhirnya ia takkan terguna langsung kerana kecelakaan ketika melancong jarang sekali berlaku.

“Rugi saja beli. Dahlah nak travel pun dah mahal!”

Jika anda berfikiran sebegini, anda sangat salah kerana “kecelakaan” di sini bukan hanya merujuk kepada kecederaan atau masalah kesihatan yang anda hadapi ketika di luar negara.

Insurans travel turut merangkumi risiko pelancongan biasa seperti kecurian beg luggage dan pembatalan atau gangguan penerbangan.

Takkanlah anda tak nak lindungi diri anda daripada isu-isu sebegini? Biar selamat daripada menyesal, okay!

Tapi bila anda nak beli, anda perlu baca dulu fine print insurans itu betul-betul supaya anda tahu masalah kecemasan apa yang dilindungi dan apa yang tak. Samalah macam beli mana-mana insurans pun.

Belajarlah daripada kesilapan wanita Singapura yang memuat naik kisah sedihnya di laman Facebook. Dia pergi melancong dengan rakan-rakannya tapi penerbangan mereka kena delay selama 24 jam.

Rakan-rakannya boleh claim insurans tapi dia mendapati syarikat insuransnya tak cover delay yang disebabkan oleh isu operasi. Kesian!

Ketahui 4 perkara yang anda perlu periksa ketika membeli insurans pelancongan.

1. Beli insurans sebaik saja trip anda dah confirm

Foto: Getty Images

Biasalah, ramai orang akan tunggu last minute untuk beli insurans mereka. Idea ini tak bagus, sebaliknya bila semua

 

 untuk trip anda dah settle dan semua booking pun dah confirm, anda kena beli terus insurans.

Sesetengah polisi boleh cover sehingga 60 days sebelum trip anda bermula jadi anda akan terlindung sekiranya perkara yang tak dijangka, seperti kecederaan, berlaku.

Baca fine print polisi anda tentang penerbangan tergendala atau trip yang terpaksa dibatalkan.

2. Fahami apa yang dilindungi

Foto: Airlines Travel Insurance

Memanglah renyah nak baca fine print polisi insurans, tapi dalam kes insurans pelancongan, anda akan dapat apa yang anda beli.

Bandingkan beberapa polisi berlainan untuk ketahui manfaat mana yang paling sesuai dengan keperluan anda. Manfaat yang anda patut cari adalah:

  • Perlindungan untuk kemalangan sendiri
  • Perbelanjaan untuk perubatan di dalam dan luar negara
  • Penerbangan tergendala
  • Kehilangan barang
  • Pemindahan ke tempat lebih selamat ketika cedera
  • Perlindungan terhadap kesilapan sendiri

Hati-hati kerana kos perubatan di sesetengah negara adalah tinggi jadi anda mungkin nak dapatkan sebanyak mana perlindungan yang anda boleh dapat.

Jika anda menyewa kenderaan, periksa sejauh mana anda dilindungi. Jika anda membuat booking menerusi agensi, pastikan insurans anda cover keadaan di mana agensi tersebut tak mampu membayar apa-apa hutang.

3. Ketahui apa yang tak dilindungi

Foto: traveltalkmag.com.au

Kebanyakan polisi insurans pelancongan takkan cover perbelanjaan perubatan yang dibuat akibat penyakit yang sedia ada pada pelanggannya.

Salah satu contoh adalah insiden serangan sakit jantung ke atas seseorang yang memang ada masalah jantung pun sebelum dia pergi melancong. Jadi jika anda nak selamat, cari polisi yang betul-betul cover semua.

Anda juga patut tahu yang sesetengah polisi takkan cover untuk apa yang dianggap sebagai aktiviti merbahaya atau sukan lasak, seperti pendakian gunung atau scuba diving.

Jika anda akan terlibat dalam aktiviti sebegini, lebih baik anda dapatkan polisi yang melindungi anda ketika itu, walaupun anda kena bayar ekstra.

4. Pilih syarikat insurans yang bertauliah

Foto: Ingle International blog

Buat sedikit research untuk pastikan yang syarikat insurans anda ada reputasi yang bagus tentang pembayaran tuntutan pelanggannya.

Ia juga patut menyediakan hotline 24 jam supaya anda boleh mendapatkan nasihat segera tentang apa yang anda patut buat sekiranya sesuatu kecemasan berlaku.

Ketahui yang kebanyakan syarikat insurans akan memerlukan anda untuk submit sebuah surat tuntutan atau laporan tentang insiden kecemasan anda dalam tempoh masa tertentu.

Ikuti tip-tip ini, ya!

Sumber: Reader’s Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 13 May 2018

Ucapan Selebriti Buat Ibu Tersayang Sempena Hari Ibu. Awww…So Sweet

Selebriti tanah air juga tidak melepaskan peluang untuk menzahirkan penghargaan serta menunjukkan tanda kasih sayang mereka kepada wanita yang melahirkan mereka di muka bumi ini. 

Featured Mon, 19 Nov 2018

Berkhasiat Atau Tidak Makan Organ Dalaman Haiwan?

Hati, perut, usus, lidah antara jenis organ dalaman haiwan.

Featured Tue, 28 Mar 2023
Eat Travel Fri, 18 May 2018

Penyediaan Semudah ABC, Jom Belajar Masak Dessert Klasik Sago Gula Melaka Di Rumah

Sago Gula Melaka, antara hidangan klasik pencuci mulut yang cukup popular sepanjang Ramadan.

Featured Fri, 6 Mar 2026

Kasih Iris Leona Mengadu Kereta Tersadai Tepi Jalan, Azhar Sulaiman Respons – “Gila Ke? Satu Subang Jaya Tak Ada Tayar Ni”

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona memaklumkan, tayar kereta miliknya pecah sekitar jam lima pagi sebelum bertindak meninggalkan kereta miliknyaitu ditepi jalan.

Featured Tue, 8 Feb 2022

Majikan Digalakkan Terus Amalan Kerja Dari Rumah Atau Secara Cegah COVID-19

Majikan digalakkan untuk meneruskan amalan bekerja dari rumah (BDR) atau melaksanakan sistem penggiliran kehadiran ke pejabat bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat daripada COVID-19. Ia diputuskan selepas sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan […]

#LaguXTRA Thu, 30 Mar 2023

#LaguXTRA: Boleh ‘Relate’ Dengan Kehidupan, Lagu Kegemaran Shasha Abedul Sangat Dekat Dihatinya

Duduk sorang-sorang dengar lagu tu memang automatic jatuh air mata

error: Content is protected !!