Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 19, 2024 @ 1:33pm

Intan Najuwa Kongsi Alahan Kehamilan – “Tak Suka Tengok Langsir, Pasu & Bau Kuda”

Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi pengalaman dan alahan yang dialaminya ketika sedang hamil anak sulung mereka.

Kata Intan, langsir rumahnya terpaksa digantikan dengan yang baru selain tidak mahu melihat pasu bunga yang sebelum ini pernah dibelinya.

“Masa saya awal-awal mengandung, first trimester… emosi sangat-sangat. Langsir dekat rumah, saya minta tukar padahal langsir tu sebelum ni elok je.

“Lepastu pasu bunga. Saya siap minta bibik saya buang pasu yang saya beli tu sebab memang tak boleh nampak pasu tu dekat depan mata. Bibik saya pun ikut je, alihkan pasu bunga tu sampai sekarang. Sebab bila tengok rasa macam menganggu kehidupan. Memang tak boleh nak abaikan,” katanya.

Perkara itu dikongsikan semula oleh peminat Intan ketika dia melakukan sesi siaran langsung baru-baru ini menerusi platform TikTok.

Tidak habis di situ,  Intan atau nama penuhnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, juga mendedahkan, dia tidak dapat berkunjung selama empat bulan ke kandang kuda dek kerana kurang selesa dengan bau najis haiwan tersebut.

“Ada satu masa itu saya belum tahu saya mengandung, jadi saya pergi ke kandang kuda macam biasa tiba-tiba saya bau kuda sangat pelik.

“Kemudian saya tanya suami, kenapa dengan bau tahi kuda..adakah mereka tukar makanan kuda. Seminggu lepas itu baru saya tahu yang saya hamil.

“Sebenarnya saya hampir empat bulan tak pergi kandang kuda dan sampai sekarang masih belum boleh pergi ke sana. Sebelum ini saya cium-cium kuda saya.

“Nak cerita tentang bau tahi kuda pun saya rasa nak termuntah. Walaupun sebenarnya saya sedih sebab rindukan kuda saya,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Aug 2021

“Tiada Sakit Yang Paling Dalam Selain Kehilangan Ayah Ibu..”- Bapa Amylea Azizan Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Penyanyi berbakat besar, Amylea Azizan memaklumkan pemergian bapanya, Azizan Zainal Abidin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman sebentar tadi. Menerusi laman Instagram miliknya, pelantun lagu Tetap Kamu itu memaklumkan berita pemergian bapanya yang telah lama […]

Events Tue, 12 Jul 2022
Eat Travel Mon, 27 Apr 2020
Featured Thu, 13 Dec 2018

4 Rahsia Nak Pilih Tembikai Yang Manis & Sedap

Mudah saja sebenarnya nak kenali buah tembikai yang isinya manis.

Featured Mon, 19 Jan 2026

“Ramai Sangat Isteri Tak Suka Buat Kerja Rumah, Bila Suami Ada Orang Lain Pandai Pula Mengamuk” – Fazley Yaakob

Fazley ada memuat naik kenyataan mengenai isu rumah tangga, khususnya berkaitan pembahagian tanggungjawab antara suami dan isteri.

Hiburan Wed, 10 Jan 2018

范冰冰「画框美人」登法国知名杂志封面

范冰冰近日登上法国杂志《Télérama》新刊封面,上演“画框美人”!照片中,镜子映射出范冰冰精致的脸庞,眉眼清澈,烈焰红唇尽显东方神韵。

Featured Mon, 17 Feb 2025

AJL39: Nyanyian Berjiwa, Marsha Milan Rampas Gelaran Juara AJL.. Jom Semak Keputusan Penuh!

Keputusan penilaian 10 buah lagu finalis AJL 39 kali ini dilakukan oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Edry Abdul Halim.

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Giliran Fattah Amin Pula Komen Emoji Hati Biru Di Hantaran Media Sosial Amira Othman

Fattah turut meluahkan rasa syukur, selain turut meninggalkan emoji hati berwarna biru

error: Content is protected !!