Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 2, 2025 @ 12:05pm

Intan Najuwa, Suami Buat Solat Hajat Bersama Anak Tahfiz, Mohon Doa Keselamatan Aktivis Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla

Pelakon, Datin Intan Najuwa turut terkesan melihat perjuangan aktivis-aktivis kemanusiaan yang berlayar ke Gaza menerusi Misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF).

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Intan sempat meninggalkan komen di sesi siaran langsung salah seorang selebriti tanah air, Heliza Helmi di Instagram (IG) sebelum kapal dinaikinya, Hio ditangkap oleh tentera Isr**l.

Menurut Intan, dia telah mengambil inisiatif dalam mendoakan keselamatan aktivis-aktivis kemanusiaan tersebut dengan mengadakan solat hajat bersama anak-anak Tahfiz.

“Saya dah minta anak-anak tahfiz kesayangan saya untuk buatkan solat hajat buat kalian semua,” katanya.

Dalam masa sama, ibu anak satu ini juga meminta netizen untuk tidak berhenti mendoakan keselamatan semua pejuang aktivis kemanusiaan GSF.

Sementara itu di ruangan IG miliknya, Intan turut memuat naik wajah-wajah 12 aktivis kemanusiaan Malaysia yang telah ditangkap, sekali gus menunjukkan tanda solidariti rakyat Palestin.

Intan juga menegaskan dia tidak mengendahkan pandangan negatif segelintir pihak yang berkemungkinan akan mempersoalkan tindakannya itu.

Sekadar info, seramai 12 aktivis kemanusiaan dari Malaysia yang mengikuti misi GSF telah ditangkap oleh tentera Isr**l iaitu Tuan Musa Muwayri, Ilyia Balqis, Sul Aidil, Rusydi Ramli, Zulfadhli Khairudin, Muaz Zainal, Haikal Abdullah, Zizi Kirana, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Farah Lee dan Danish Narzam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 7 Feb 2022

Lebih 2 Tahun Tak Balik Indonesia, Tya Arifin Terkejut Anak Perempuan Tak Kenal Datuk & Nenek

Selepas lebih dua tahun tidak bersua muka dengan orang tua, pelakon dan usahawan, Tya Arifin menzahirkan rasa gembira apabila hajatnya untuk pulang ke kampung halaman di Palembang, Indonesia tercapai. Menurut pelantun lagu Bagaikan Mutiara itu, […]

Hiburan Mon, 17 Feb 2025

Air Mata Marsha Milan Mengalir, Trofi Juara AJL39 Hadiah Terindah Selepas Perjuangan 20 Tahun

Marsha milan sebak mengenang perjalanan 20 tahun dalam industri

Featured Mon, 12 Sep 2022
Trending Fri, 23 Mar 2018

Pengasas Toys ‘R’ Us Meninggal Dunia

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Khamis lalu dan berita tersebut telah disahkan oleh syarikat berkenaan.

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Ayda Jebat Kongkong Siapa ?

Ayda Jebat dikatakan mengongkong di atas dasar cemburu betul ke?

Trending Fri, 22 Mar 2024

Raya Jadi Lebih Riang & Selesa Bersama Bata, Dengan Pilihan Lebih 300 Pilihan Design!

Bila sebut pasal shopping raya ni, mesti korang dah tak sabar nak buat persiapan. Bukan apa, kalau dah ada baju, tudung, mestilah kena ada beg dan kasut juga. Barulah lengkap kan! Kasut dan beg ni […]

Trending Tue, 14 Jul 2020
error: Content is protected !!