Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 7, 2022 @ 7:04am

Lebih 2 Tahun Tak Balik Indonesia, Tya Arifin Terkejut Anak Perempuan Tak Kenal Datuk & Nenek

Selepas lebih dua tahun tidak bersua muka dengan orang tua, pelakon dan usahawan, Tya Arifin menzahirkan rasa gembira apabila hajatnya untuk pulang ke kampung halaman di Palembang, Indonesia tercapai.

Menurut pelantun lagu Bagaikan Mutiara itu, dia memutuskan untuk pulang menziarahi keluarga di Palembang ditemani kedua cahaya matanya Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa tanpa suaminya, Asyraf Khalid di sisi.

“Keputusan untuk balik kampung dibuat pada saat akhir. Jadi, suami tidak dapat ikut kerana beliau memerlukan visa pelancong untuk memasuki Palembang.

“Proses mendapatkan visa mengambil masa. Jadi, saya dan suami ‘berpisah’ seketika. Suami juga boleh menguruskan perniagaan kami,” katanya.

Dalam satu hantaran di Instagram, pengasas Mutyara Beauty yang sebelum ini aktif berkongsi rutin hariannya ketika menjalani tempoh kuarantin di hotel mewah dilihat tidak mampu menahan rasa rindu selepas berkesempatan menatap wajah keluarganya.

Meskipun sebak memeluk tubuh bapanya ketika menjemput keluarga kecilnya di lapangan terbang, Tya tetap bersyukur kerana masih diberi rezeki untuk bertandang kembali ke negara asalnya.

“Alhamdulillah sampai di Palembang setelah dua tahun lebih bertemu, Inilah kehidupan. Sebagai anak, kita haruslah lakukan yang terbaik untuk ibu bapa dan keluarga kita selagi mereka masih ada,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Tya juga tidak menyangka bahawa pandemik COVID-19 nyata memberi tamparan hebat terhadap ikatan persaudaraan apabila anak bongsunya Azzahra atau Ara yang kini berusia tiga tahun difahamkan sudah tidak mengingati siapakah datuk dan neneknya.

“Saya terkejut kerana sampai sahaja di Palembang, Ara dijemput oleh datuknya. Dia asyik menangis. Pada permulaan, Ara tampak sangat janggal kerana lama tidak bertemu. Namun selepas beberapa hari di sini, dia makin manja dengan datuk dan neneknya,” tambahnya lagi.

Difahamkan, selain menziarahi saudara mara, Tya hadir ke Indonesia bertujuan untuk melebarkan lagi sayap empayar bisnesnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 May 2023

“Comelnya! Mata Bulat & Besar…” – Yaya Zahir Kongsi Foto Anak, Bombastic Side Eyes Jadi Perhatian!

Pergh! Dah besar nanti siapa kena bombastic side eyes ni confrim makan hati.😁😁😁

Trending Thu, 3 Dec 2020
Trending Tue, 12 Jan 2021

Agong Perkenan Darurat Sehingga 1 Ogos 2021

Kita belum menang, patuh SOP!

Featured Fri, 7 Apr 2023
Featured Wed, 26 Nov 2025

Nidji X Bunkface Bergabung Gegarkan Nusa Fest 2025

Pentas Megastar Arena pastinya gamat dengan dua nama besar ini!!!

error: Content is protected !!