Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin August 28, 2025 @ 9:53pm

International Cultural Fashion Festival 2025 Curi Perhatian, Jadi Sorotan Antarabangsa!

Malaysia terus membuktikan kedudukannya sebagai pusat fesyen budaya serantau apabila International Cultural Fashion Festival (ICFF) 2025 berlangsung penuh meriah di Level 42, Menara Affin TRX, Kuala Lumpur.

Acara anjuran FM Group dengan sokongan penuh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Shaharuddin Abu Sohot.

Penganjuran festival ini bukan sahaja sebahagian daripada Temasya 2025 Precious of Malaysia, malah turut menjadi platform promosi awal untuk Tahun Melawat Malaysia 2026.

Malam Pembukaan

Festival bermula dengan pertunjukan fesyen oleh pereka tersohor Farel Mikhail, yang mengetengahkan 11 koleksi lelaki Elevated Batik Suit dan 4 koleksi wanita Songket Modern Dress. Sentuhan kreatif yang menggabungkan keindahan tekstil tradisional Melayu bersama elemen moden menjadikan persembahan beliau antara yang paling mendapat perhatian.

22 Pereka & 6 Institusi Fesyen Terlibat

ICFF 2025 menghimpunkan 22 pereka fesyen dari Malaysia, Brunei, Filipina dan Indonesia. Antara nama besar yang menyerikan pentas termasuk Rashid Moshi, Afiq Shazani, Boyfazly, Gil Macaibay Fashion Studio serta Munaka by Aluna.

Turut serta ialah enam institusi pendidikan fesyen terkemuka iaitu ESMOD Kuala Lumpur, UiTM Sri Iskandar, UNITAR, UCSI, Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad dan Kolej Komuniti Selayang yang memperlihatkan bakat segar generasi muda.

Keputusan Pertandingan

Panel juri berprestij yang terdiri daripada pengkritik fesyen Zaihani Mohd Zain, pengasas galeri seni Terimba, Redza, serta pereka fesyen Farel Mikhail telah menilai persembahan para peserta.

Senarai penuh pemenang adalah seperti berikut:

  • Juara: Russ Cuevas (Filipina)
  • Naib Juara: Jeremiah Gazo (Filipina)
  • Tempat Ketiga: Rashid Moshi (Malaysia)
  • Tempat Keempat: Munaka by Aluna (Indonesia)
  • ASEAN Emerging Fashion Designer: Afiq Shazani (Malaysia)

Fesyen Sebagai Jambatan Budaya

Shaharuddin menegaskan, penganjuran festival ini bukan sahaja meraikan keunikan fesyen rantau ini, malah memperkukuh hubungan kreatif antarabangsa.

“International Cultural Fashion Festival bukan sahaja mengangkat keunikan fesyen serantau, malah membuka ruang pertukaran budaya dan kolaborasi kreatif, selaras dengan visi Temasya 2025 Precious of Malaysia dan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya.

Tentang Temasya Precious of Malaysia

Temasya 2025 Precious of Malaysia berlangsung dari 11 hingga 17 Ogos 2025 di Pavilion Damansara Heights dan Menara Affin TRX. Sepanjang acara, pelbagai program berprestij diadakan termasuk Pameran Seni Kraf Negara, pelancaran lagu tema Precious of Malaysia, Busana Kreasi serta persembahan Gema Tarik Etnik Malaysia.

Penganjuran ini sekali gus menegaskan aspirasi Malaysia untuk terus mengangkat seni, budaya, warisan dan fesyen serantau ke pentas dunia, serta mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab fesyen budaya antarabangsa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Oct 2022
FESYEN Wed, 31 Jul 2019

Actress Farah Nabilah Gives E! News on Tips to Looking Flawless in the Perfect Fit

Malaysian actress Farah Nabilah shares with us to her secret tips on giving the blush to her perfect fit! Finding the perfect shade to your skin tone has always been a struggle for literally anyone […]

FESYEN Fri, 11 May 2018

Amar Baharin & Amyra Rosli Raya Dengan 30 Pasang Baju

30 pasang baju raya maksudnya satu hari satu lah .. Untungnya badan

FESYEN Sat, 3 Mar 2018

Labuhkan Balik Tudung Dan Henti Jual Tudung Singkat, Lofa – Dr Norsaleha

Neelofa sebagai ikon wanita muslimah Malaysia perlu berbuat demikian sebagai tanda bertaubat dan serius menerima teguran orang ramai.

Events Thu, 26 Dec 2019
FESYEN Thu, 23 Aug 2018

Petua Sarung Kasut Baru

Gigit Kasut Dulu Sebelum Guna- ini adalah di antara petua orang lama yang dikongsikan dan masih ada yang pratikkannya. Relevan ke lagi atau apa kata cuba tips moden pula?

FESYEN Thu, 10 Oct 2019

This is How Neelofa Single-Handedly Uplifts Modest Fashion to Greater Heights

She is literally a fashion icon whom millennials should look up to!

error: Content is protected !!