Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin January 15, 2019 @ 11:23am

“Tak Mampu Nak Bayar” Punca Iqram Dinzly Diisytihar Muflis

Iqram Dinzly diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas gagal membayar cukai pendapatan sebanyak RM77,000. Keputusan itu disampaikan peguam LHDN kepada Iqram di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.

Iqram, 38, atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin mendedahkan perkara itu menerusi akaun  Instagram miliknya, semalam. 

“Saya sampai lambat, jadi peguam LHDN hanya serahkan keputusan mahkamah. Saya tak tahu nak cakap apa. Mahkamah sudah putuskan, jadi saya kena terima. Lagipun, saya memang tak mampu nak bayar dan tak boleh nak buat apa-apa. Cuma sekarang, saya kena cari jalan macam mana nak selamatkan aset yang ada seperti rumah dan kereta kerana ini sahaja yang tinggal”

“Diakui apa yang berlaku atas silap sendiri, tetapi jujur saya katakan selama ini memang tidak tahu prosedur pembayaran. Saya hanya tahu kumpul resit saja,” katanya

 
 

Tambahnya, notis pemberitahuan mengenai bayaran cukai pendapatan itu diterima sejak tiga tahun lalu dengan jumlah hampir RM200,000. Manakala, jumlah itu mula tertunggak apabila ianya dikira sepanjang 10 tahun pembabitan Iqram dalam bidang lakonan.

“Selepas dapat notis saya terus disenarai hitam. Ketika itu, saya melantik ejen untuk berurusan dengan pihak LHDN. Dapatlah kurangkan hingga RM67,000. Namun, saya diperintahkan ke Mahkamah Majistret Ipoh tahun lalu dan diarahkan membayar jumlah itu dalam tempoh tiga bulan.”

Iqram juga mengakui dua minggu selepas itu, beliau turut mengadakan perbincangan di pejabat LHDN namun keputusannya adalah negatif.

 

“Disebabkan itu, jumlah meningkat semula kepada RM77,000 dan saya diberi tempoh 10 hari untuk menjelaskannya. Jika gagal, saya diisytihar muflis,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan kembali berlakon untuk menjana pendapatan bagi membayar hutang itu, Iqram tegas dengan pendirian tidak sama sekali.

“Dan, saya takkan kembali berlakon. Disebabkan saya menjadi selebriti saya diisytihar bankrap,” Jelasnya.

Apapun, kita doakan semoga urusan Iqran Dinzly dipermudahkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 10 Jul 2023

Zizan Razak Dedah Ibu Bapa Pernah Halang Jadi Artis, Main Gitar – “Kawasan Rumah Saya Dah Macam Filem Pablo Escobar”

Ibu bapa mana tak nak yang terbaik buat anak mereka kan tapi kena juga ambil kira minat anak

Hiburan Mon, 24 Jul 2023
Hiburan Thu, 7 Nov 2024
TECH Mon, 19 Mar 2018

The Future is Here: 3D-Printed 8-bit Sushi is Completely Edible!

It seems like the future has finally arrived!

error: Content is protected !!