Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 27, 2024 @ 10:57am

Isteri Along Cham Alami ‘Mild Depression’, Berat Badan Hilang 5 KG Sejak Suami Ditahan Reman

Isteri pelawak dan pelakon sensasi, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi, mengaku mengalami depresi ringan semenjak ketiadaan suaminya di sisi akibat direman atas dakwaan memiliki ganja.

Memetik laporan Harian Metro, Afreena mendedahkan keadaan tersebut telah menyebabkan dia turun berat badan sebanyak 5 kilogram dalam masa 10 hari.

“Saya berasa sangat sedih, tidak lalu makan dan tidak boleh tidur malam sehingga mengalami ‘mild depression’ sejak suami ditahan reman.

“Saya juga kurang sihat, sakit kepala sehingga berat badan pun turun sebanyak lima kilogram dalam tempoh 10 hari ini,” katanya.

Sementara itu, wanita berusia 32 itu turut memaklumkan dia berasa kehilangan semenjak suaminya ditahan reman kerana hubungan antara mereka terlalu rapat meski baru lapan bulan berkahwin.

“Kami berdua bukan sekadar suami isteri tetapi seperti kawan baik. Kalau pergi beli bawang atau ‘laundry’ pun dia akan teman saya. Dia adalah ‘my world’ bagi saya.

“Setiap kali saya pergi ‘out station’ dalam dan luar negara, dialah yang akan hantar dan ambil di lapangan terbang sebelum ini.

“Saya juga berasa sebak bila suami cakap dia sangat sayangkan saya dan tak pernah menyayangi wanita lain seperti mana dia sayang saya,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Afreena meluahkan rasa syukur kerana mempunyai ahli keluarga yang tidak henti memberi kata-kata sokongan, selain perlu tabah dan kuat demi anak-anak.

“Along juga rapat dengan tiga anak saya dan saya juga terpaksa beritahu anak-anak, papa mereka mereka tidak ada di rumah kerana keluar bekerja.

“Pada masa sama, majikan saya juga memberi sokongan sepenuhnya jika saya memerlukan bantuan termasuk membenarkan untuk saya bekerja dari rumah,” katanya.

Terdahulu, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis di dua mahkamah berasingan diMahkamah Sepang membabitkan ganja seberat 58.23 gram (g) dan 2.07g.

Artikel Berkaitan: “Kita Akan Bersatu Semula…” – Suami Didakwa Miliki Ganja, Isteri Along Cham Anggap Ujian Besar Daripada Allah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Along Cham Janji Akan Tuntut Keadilan, Dakwa Suami Jadi Mangsa Penganiayaan

Artikel Berkaitan: Along Cham Mengaku Tidak Bersalah Miliki Ganja Jenis Kanabis

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 24 Sep 2018

SEVENTEEN’s Concert in Malaysia Was…Amazing?

Here’s an avid concert-goer’s review of everything that went down last night.

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Featured Fri, 21 Nov 2025

Sharifah Sakinah Cari Tukang Urut Tak Banyak Cakap, Netizen Saran Dapatkan Khidmat Di Penjara Kajang – “Murah & Berbaloi”

Sakinah berkata, dia hanya mahukan sesi urutan yang ringkas, profesional dan bebas daripada ‘ceramah percuma’.

Trending Wed, 23 Oct 2019
Hiburan Mon, 27 Nov 2023

Tersingkir Famili Duo 3 Akibat Kifarah Berbalah Dengan Keluarga? Ini Respons Shila Amzah

Allahu takutnya cakap macam tu? 😳 Rezeki mereka sekadar di minggu ketujuh saja 🙏🏼

Hiburan Tue, 20 Feb 2024

‘Merindu’ Buah Tangan Madam Untuk Peminat

tahniah Madam untuk lagu baru

Hiburan Tue, 9 Apr 2024
Hiburan Mon, 10 Apr 2023
error: Content is protected !!