Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 12, 2021 @ 9:04am

Isu Bapa Pelakon Didakwa Ugut Guna Pistol: Suami Fail Nusyuz, Beri Nynaa Harizal Tempoh 7 Hari

Suami kepada pelakon Nynaa Harizal, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat kepadanya dalam tempoh tujuh hari di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.

Permohonan itu difailkan plaintif terhadap Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal, 25, selaku defendan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Noriah Zakaria.

Menerusi permohonan itu, Fahmi yang diwakili Peguam Syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menjelaskan tujuannya adalah untuk menjernihkan kembali rumah tangga mereka dan mahkamah kemudiannya menetapkan 1 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, Fahmi bersedia menerima dan memaafkan isterinya.

“I love you sayang. Saya sentiasa ada untuk awak. Awak boleh hubungi saya bila-bila masa, saya harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, bapa kepda Nynaa, Harizal Hashim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam semalam atas kesalahan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Nynaa Harizal Mengaku Tidak Bersalah Ugut Guna Pistol

Sebelum ini, Fahmi membuat laporan polis berhubung dakwaan yang mengatakan Nynaa ‘diculik’ oleh bapa mentuanya pada malam 1 November lalu.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku ketika di set penggambaran sebuah drama sebelum Harizal bertindak ‘menculik’ Nynaa untuk tujuan berubat.

Ketika kejadian, ibu dan bapa Nynaa dikatakan telah datang ke set penggambaran sebelum ibu bertindak menarik Nynaa masuk ke dalam kereta serta membawanya pergi.

Lebih mengejutkan lagi apabila bapa Nynaa mengacukan sepucuk pistol ke arah perut pengawal peribadi Nynaa sambil memberi amaran akan melepaskan tembakan jika menghalangnya untuk mengambil pelakon terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Dec 2025

Netizen Mulut Puaka Tuduh Uqasha Senrose ‘Hamil’ Anak Orang Lain: “Aku Difitnah Sebegini Teruk”

Uqasha Senrose, meluahkan rasa kecewa apabila difitnah hamilkan anak orang lain.

Featured Sat, 24 May 2025

“Kalau Wanita Fail Cerai Mesti Ada Sebabnya” – Zehra Zambri 

Zehra Zamri menolak dakwaan kononnya wanita mudah memfailkan penceraian.

Trending Sat, 18 Jul 2020
Featured Fri, 3 Jan 2025

Didakwa Muka Sembab & Perut Kembung, Intan Najuwa Bidas Kenyataan Netizen 

Netizen tak habis bitter, ini respons Intan Najuwa.

Hiburan Mon, 17 Feb 2025

Air Mata Marsha Milan Mengalir, Trofi Juara AJL39 Hadiah Terindah Selepas Perjuangan 20 Tahun

Marsha milan sebak mengenang perjalanan 20 tahun dalam industri

Events Fri, 9 Jun 2023

Isu Artis Kekwat Layan Peminat, Dolla Tampil Beri Respons!

Setuju, nak tak nak artis penat ke, kena juga ambik gambar kalau peminat tu 2 orang je. Kesian tau!

Drama Sat, 17 Jan 2026

Batas Dilanggar, Kesetiaan Dipersoal… Uqasha Senrose & Zul Ariffin Berganding Dalam Bisik Asmara

Di sebalik kehidupan yang tampak sempurna, tersembunyi bisikan hati yang mampu menggugat kesetiaan dalam drama Bisik Asmara.

error: Content is protected !!