Euforia Bola 2026
Trending By: Padin May 20, 2021 @ 11:06am

Isu Karpet Nilai 3: Neelofa, PU Riz Mengaku Tak Bersalah Langgar SOP PKPB

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, pendakwah selebriti PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mahkamah Majistret Seremban sebentar tadi.

Neelofa dan Haris tiba di Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira jam 8.50 pagi tadi didakwa atas dua pertuduhan gagal mematuhi SOP PKPB pada 2 Mei lalu.

Bekas pengacara Nona itu berdepan tuduhan gagal membuat imbasan di aplikasi MySejahtera atau secara manual ketika memasuki premis, manakala Haris berdepan tuduhan sama selain tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Media sebelum ini melaporkan kenyataan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, bahawa pertuduhan ke atas pasangan terbabit akan dijalankan selepas kertas siasatan kes perlanggaran SOP PKPB membabitkan kedua-duanya dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Beliau dilaporkan berkata, kedua-duanya akan dituduh mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei.

Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai permaidani berkenaan.

Neelofa menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli permaidani dan netizen mempersoalkan bagaimana dia boleh merentas negeri semata-mata untuk membeli barang perhiasan rumah.

Isu itu mula menjadi bualan selepas Neelofa memuat naik sekeping foto dan video di akaun Instagram miliknya yang memaparkan dia dan suami berada di sebuah kedai permaidani.

Sumber: Berita Harian
Kredit foto: Utusan & FMT

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 17 Oct 2021

Ibu Kepada 9 Anak Dijatuhi Hukuman Gantung

Tular satu video apabila seorang ibu tunggal kepada sembilan orang anak dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Tawau pada Jumaat selepas didapati bersalah memiliki dan mengedar dadah tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, […]

Trending Wed, 10 Aug 2022
Featured Tue, 13 Dec 2022

[VIDEO] Aznil Nawawi Sebak Jawab Isu TikTokers Biadap! -“Dia Kena Hadap Risiko”

Dari sudut positif betul apa yang Pak Nil lakukan. Tapi prank sebegini patutnya tak berlaku lagi gaiss! Sakit hati rakyat Malaysia tengok.

Featured Sat, 4 Mar 2023

“Saya Dalam Fasa Bahagia” – Intan Najuwa Enggan Ulas Isu Tunang

take ur time Intan! Mogayang baik-baik saja.

Hiburan Thu, 12 Sep 2024

Saling Tak Mengikuti Di IG, Abby Abadi Sebak Peluk Model Persis Wajah Marissa Dania – “Hanya Rindu”

Perasaan seorang ibu yang amat merindui anaknya 😭😭 Sayunyaaaa

Featured Tue, 29 Apr 2025

“Ganjaran Wanita Yang Melahirkan Masih Sama” – Izara Aishah Tak Ada Masalah Bersalin Guna Kaedah Suntikan Epidural

Izara sendiri menggunakan kaedah suntikan epidural sewaktu melahirkan kedua-dua anaknya.

error: Content is protected !!