Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 19, 2022 @ 11:48pm

Isu Video Petikan Drama ‘Perempuan Itu’ Papar Aksi Dukung Zul Ariffin & Siti Hariesa, Ini Kenyataan Rasmi TV3

Video petikan adegan daripada drama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin dan Siti Hariesa sedang hangat diperkatakan oleh warganet.

Bakal disiarkan Ramadan ini di TV3, pihak stesen memandang serius perkara terbabit.

Berikut merupakan kenyataan rasmi TV3 berkenaan isu ini:

“Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video dalam petikan adegan daripada drama Perempuan Itu yang tular di media sosial.

“Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi. Malahan adegan tersebut juga tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen. 

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

“Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) ingin mengingatkan semua pihak yang meliputi produksi dan para pelakon supaya menjadi lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana karya,” ujar kenyataan rasmi tersebut.

Terdahulu, akaun Instagram Zul dihujani serangan wargamaya selepas dia berkongsi babak mendukung Hariesa serta adegan panas lain dalam sepotong video di laman sosial miliknya.

Selain Zul dan Hariesa, drama Perempuan Itu terbitan Erma Fatima ini turut dibintangi oleh Mimi Lana dan ia diarahkan oleh Ain Sharif dan Isma Yusof.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 Aug 2019

Baju Raya Kris Dayanti Dilabel ‘Aneh’?

Okay tak pilihan baju Kris Dayanti kali ni?

Featured Thu, 21 Apr 2022
Featured Sat, 26 Nov 2022

“Jangan Pandang Rendah Diri Sendiri” – Bicara Comel Mika Buka Mata Netizen

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat warganet. @mika_and_daddy Jangan pandang rendah dekat diri sendiri ya. Kena percaya. […]

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Thu, 23 Jun 2022
Featured Fri, 14 Oct 2022

Gambar Adik Disalah Guna, Individu Gesa Pihak Pertubuhan Kasih Neelofa Beri Penjelasan – “Lepas 5 Tahun Jadi…”

Eh, betul ke ni? Katanya sampai sekarang masih tiada sebarang penjelasan daripada Pertubuhan Kasih Neelofa

Hiburan Tue, 20 Mar 2018

Raja Ilya Kini Pelakon Hollywood?

Bagi Raja Ilya, beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana terdapat beberapa perkara yang dianggapnya tidak sesuai dengan dirinya

error: Content is protected !!