Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 23, 2025 @ 1:51pm

Isyariana Tak Pernah Lupa Dunia Nyanyian, Kini Sedia ‘Comeback’ Lepas Trauma

Selepas bertahun fokus sepenuhnya dalam bidang lakonan, pelakon Isyariana mendedahkan dia kini terbuka hati untuk kembali aktif dalam dunia nyanyian.

Menurut Isyariana atau nama sebenarnya Isyariana Che Azmi, 35, dia pernah melalui fasa trauma selepas tersingkir dalam program realiti nyanyian pada 2016, sekali gus membuatkan dirinya membawa haluan ke dunia lakonan.

“Sejak mula berlakon, saya terus tak menyanyi. Bila tersingkir saya akui memang ada trauma. Rasa macam takut nak menyanyi depan orang.

“Sebab tu saya pilih untuk sibukkan diri dengan lakonan, supaya saya tak terlalu fikir tentang nyanyian,” jelasnya.

Bagaimanapun, selepas kembali menyanyi tahun lalu menerusi lagu ‘Andai Tiada Dia’, Isyariana memaklumkan dirinya sudah ‘move on’ dan mula mendapat semangat baru untuk kembali aktif.

“Sekarang ni saya rasa trauma tu dah hilang. Ramai juga yang bagi sokongan dan dorongan untuk saya teruskan menyanyi,” katanya lagi.

Walaupun kurang menonjol dalam bidang nyanyian kebelakangan ini, Isyariana menegaskan minat terhadap dunia muzik tidak pernah pudar.

“Kalau dari kecil, memang saya suka menyanyi. Dekat rumah pun saya je yang rajin buka suara. Bila dah berlakon, saya tak tinggal terus, cuma rasa kekok sikit nak mula balik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Isyariana kini kembali menghiasi layar perak menerusi filem seram Misteri Fraser 1910 menerusi watak Wati yang akan ditayangkan di pawagam bermula 26 Jun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Sep 2024
Featured Fri, 10 Jun 2022

Didakwa Sengaja Ingin Populariti & Ambil Kesempatan, ‘Kembar’ Arwah Siti Sarah Tampil Beri Penjelasan

Dia tak minta pun nak wajah mirip dengan Allahyarham Siti Sarah.. Semua ni kan kuasa Allah SWT. Yang mengecam pun lahaiii 😌🤔

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

Debaran Khadijah Ibrahim Menjelang Konsert Doa Buat Kekasih

Datuk Khadijah Ibrahim atau lebih mesra disapa sebagai Ibu memberitahu akan ada beberapa lagu duet yang pernah dihasilkan bersama Datuk Ramli Sarip namun belum pernah dinyanyikan di pentas bersama.

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
error: Content is protected !!