Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 19, 2025 @ 2:00pm

Izara Aishah Gelar Netizen ‘Mulut Puaka’ Biadap Gara-Gara ‘Face Shaming’ Sepupu – “Saya Tak Akan Bagi Muka Jika Orang Itu Dibuli Depan Saya”

Nama pelakon, Izara Aishah sekali lagi  menyorot perhatian ramai selepas seorang individu wanita berkongsi hantaran di Threads miliknya baru-baru ini.

Menurut individu berkenaan, dia terkejut apabila melihat aktres itu bertindak memarahi seseorang ketika sesi siaran langsung di TikTok miliknya baru-baru ini.

Dakwanya, Izara turut menggelar individu tersebut sebagai ‘kurang ajar’ lantas menamatkan sesi live tersebut.

Sedar dengan perkongsian yang dibuat, pelakon drama ‘Sumpah Ibuku’ itu tampil memberikan penjelasan mengenai tindakannya pada ketika itu yang disifatkan sebagai lantang mengecam sikap segelintir netizen yang disifatkannya sebagai ‘mulut puaka’ susulan tindakan biadab melakukan face shaming terhadap sepupunya secara terbuka.

Jelasnya, keputusan memilih sepupunya sebagai model bukan dibuat secara suka-suka, sebaliknya untuk memenuhi permintaan ramai wanita berwajah bulat yang mahu melihat representasi sebenar ketika memakai tudung keluarannya.

“They face shamed my cousin cakap dia “gemuk”. “Gemuk mana ni” , “eee gemuk”… While I’m right there.

“Sebab saya memanggil adik saya untuk menjadi model adalah untuk memenuhi permintaan mereka yang berwajah bulat ketika memakai tudung.

“I strictly do not tolerate disrespect,” jelasnya.

Tegasnya, dia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk penghinaan apatah lagi jika melibatkan isu membuli secara terbuka dan dilakukan dihadapannya.

“This isn’t a drama or a “tea”.

“Memang sesiapa pun di buli depan saya. Saya tidak akan bagi muka,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Nov 2018

Cemas Sebelum Naik Pentas DAA 4, Sarah Fazny Muntah Beberapa Kali

Sarah mendendangkan lagu Biarlah Merana di konsert pusingan kumpulan pertama top 36. Best sangat suaranya!

Hiburan Thu, 11 Dec 2025

“Kadang Rasa Nak Berhenti Berlakon” – Fasha Sandha Sebak Lihat Anak Bongsu Enggan Lepas Pelukan

Fasha Sandha berkata dia benar-benar terfikir untuk berhenti berlakon demi memberi lebih banyak masa kepada anak-anak

Trending Mon, 20 Jul 2020
Hiburan Wed, 27 Feb 2019
Hiburan Fri, 26 Oct 2018
Featured Mon, 19 May 2025

Sekali Lagi Digelar Penyondol, Shakilla Khoriri Malas Sembang Dengan Individu ‘Tin Kosong’

Shakilla bengang dituduh perampas suami rakan individu terbabit.

error: Content is protected !!