Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom November 16, 2018 @ 10:00am

Jadikan Anak Anda Jagoan Hafaz Al-Quran Dengan Amalan 7 Petua Ini

Sejuk hati ibu bapa apabila anaknya pandai mengaji Al-Quran. Apalagi kalau bisa menghafal dan mentafsirnya, semestinya lega dan bahagia si orang tuanya.

Bagaimana agaknya cara untuk membuatkan anak kita berminat dengan Al-Quran?

Sesetengah ulama berpendapat, cara ajar anak hafal Al-Quran ini boleh dimulakan sejak anak berusia dua tahun ke atas lagi. Kenapa di usia dua tahun agaknya?

Ia disebabkan, pada usia anak ketika ini, mereka masih mudah dibentuk dan senang dilentur untuk terima ajaran dari kedua ibu bapa.

Secara tak langsung dengan cara ajar anak hafal Al-Quran ini, anak akan menjiwai bacaannya dalam Al-Quran dan mempraktiskannya dalam kehidupan seharian.

Bagaimana anda boleh mendorong anak dan mengajar mereka hafal al-Quran? Teruskan membaca!

Foto: Al Quran Classes

7 cara ajar anak hafal Al-Quran

1. Membiasakan si kecil dengan ayat suci Al-Quran

Untuk cara ajar anak hafal Al-Quran, pertamanya anda perlu membiasakan si kecil mendengar ayat suci Al-Quran sejak dari dalam perut.

Maksudnya, ibu perlulah baca Al-Quran ketika hamil. Takpun ibu hamil boleh memasang mana-mana surah dan mendengarnya dengan bayi dalam kandungan.

Barulah anak akan jatuh cinta mendengar kalimah suci itu. Bahkan anak akan berkembang dengan sihat dan pintar apabila mendengarnya.

2. Guna video

Cara ajar anak hafal Al-Quran ini juga boleh dimulakan dengan memasangkan video-video hafalan Al-Quran melalui Youtube atau application website yang lain.

Kemudian selang selikan dengan video bacaan doa, zikir dan kisah-kisah nabi.

3. Menggunakan flash card

Selepas anak dilahirkan, cara ajar anak hafal Al-Quran ini boleh dilakukan dengan memberi si kecil tengok flash card yang berwarna-warni dan mengandungi huruf-huruf jawi.

Ia boleh dimulakan ketika anak berumur 2 bulan ke atas. Seronok tau bila tengok mata si kecil anda terkelip-kelip melihat flash card itu. Secara tak langsung, ia merangsang perkembangan otak anak.

4. Memasangkan kaset rakaman dalam kereta

Ini yang sering ibu bapa buat sebagai cara ajar anak hafal Al-Quran iaitu memasang kaset rakaman cd/dvd dalam kereta. Tak kira ke mana saja destinasi yang akan dituju.

Biar telinga dan bibir anak dibasahi sentiasa dengan kalimah dan surah Al-Quran.

Foto; KODIMUNI

5.  Baca sebelum tidur

Selain mendengar di dalam kereta, jadikan amalan membaca surah Al-Quran pada anak-anak sebelum tidur. Tebarkan kasih-sayang dengan memeluk mereka kemudiannya membaca Al-Quran. Tidak sampai sejam pun kadang-kadang anak sudah tertidur.

6. Menguji surah

Mungkin cara ini sedikit kritis untuk dilakukan kerana ia memerlukan anak yang sudah bersedia untuk diuji tahap hafalan al-Qurannya.

Tapi anda boleh memulakannya dengan surah-surah pendek seperti surah Al-Ashr, surah Al-Kafirun, surah Al-Maun dan banyak lagi. Anda boleh lihat pada halaman belakang Al-Quran dan pilih mana surah yang pendek.

Anak pun pasti teruja bila anda memintanya menghafal satu surah pendek. Lama-lama dia pasti boleh hafal satu naskah Al-Quran. InsyaAllah, doakan!

7. Jadikan baca Al-Quran sebagai hobi

Biasanya hobi anak ini lebih suka baca komik, main video game atau layari Internet. Hobi yang ini tak salah tapi selitkan juga bacaan dan hafalan Al-Quran.

Sedikit sebanyak ia merupakan jalan untuk ajar anak hafal Al-Quran setiap hari.

Bagaimana pula dengan anda, apakah cara dan kaedah yang anda lakukan untuk mudahkan anak hafal Al-Quran? Jangan lupa kongsikan dengan kami.

Sumber: Bidadari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 20 Dec 2019

9 cara mudah untuk buat majikan dan rakan sekerja sukakan anda

Setakat skil sahaja tidak mencukupi untuk menjadi pekerja yang bagus.

Acara Fri, 19 Jul 2019

Nak menang telefon? Jom sertai cabaran Dare To Leap

Realme anjur aktiviti esktrem sempena pelancaran slogan baharu

Gaya Hidup Tue, 23 Oct 2018
Gaya Hidup Tue, 26 Nov 2019

Ini respons betul ketika berdepan dengan individu yang ingin bunuh diri

Kadangkala niat baik kita boleh memberi impak negatif.

Gaya Hidup Wed, 12 Sep 2018
Featured Thu, 15 Mar 2018

Diberi Jolokan Maldives Indonesia, Pulau Derawan Buat Anda Enggan Pulang!

Pulau yang terkenal dengan jolokan Maldives Indonesia itu, sememangnya sebuah pulau yang mempesonakan dengan pesisiran serta kehidupan laut yang berbagai.

Featured Tue, 12 May 2020
Gaya Hidup Wed, 4 Jul 2018

Potong Buah Pun Ada Caranya, Jangan Main Potong Ikut Suka Hati

Boleh ‘potong’ mood la nak makan buah.

familuv Sat, 26 Nov 2022

Genap 5 Tahun Kahwin, Ucapan Anniversary Aisyah Hijannah Untuk Alif Teega Undang Sebak

Personaliti media sosial, Aisyah Hijannah menjadi tumpuan warganet setelah memuat naik hantaran momen sepanjang perkahwinan bersempena sambutan ulang tahun yang kelima.   View this post on Instagram   A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah) […]

error: Content is protected !!