Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops January 22, 2019 @ 10:00am

Cara untuk menyelamatkan diri daripada kereta yang terjunam ke dalam air

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan berita mengenai kemalangan jalan raya membabitkan kereta Mazda CX-5 yang terbabas di Jambatan Pulau Pinang lalu terhumban ke dalam laut.

Berdasarkan maklumat, usaha untuk menyelamatkan mangsa dan menaikkan kereta itu menggunakan bantuan kren.

Kejadian sebegini bukan pertama kali berlaku, dalam beberapa kes ada kemalangan kenderaan yang terhumban ke dalam sungai turut membabitkan kanak-kanak.

Pernahkan anda terfikir apa yang perlu dilakukan sekiranya kereta tercampak ke dalam air?

Dalam kekalutan kereta yang kian tenggelam, seseorang itu hanya mempunyai beberapa saat untuk bertindak dan menyelamatkan diri.

Bagi anda yang tidak tahu apa perlu dilakukan, jom pelajari panduan keselamatan melalui video di bawah.

Apa-apa pun, jangan panik!

Dua aspek penting dalam keadaan ini adalah waktu yang diambil untuk bertindak dan kepantasan untuk berbuat demikian.

Sesebuah kereta tidak akan tenggelam dengan segera. Ini bermakna ada peluang kecil untuk cuba menyelamatkan diri.

Perkara utama yang paling perlu anda ingat ialah untuk tidak sesekali membuka pintu kereta anda. Tekanan air yang kuat akan menyukarkan usaha anda.

Lagipun, tindakan ini akan membuatkan lebih banyak air masuk dan akhirnya menyebabkan kereta anda tenggelam dengan lebih cepat.

Sebaliknya, cuba turunkan cermin tingkap, tanggalkan tali pinggang keledar dan berenang keluar.

Foto: Tech Insider

Sebaliknya, cuba turunkan cermin tingkap, tanggalkan tali pinggang keledar dan berenang keluar.

Jika anda mengambil masa terlalu lama untuk bertindak, tekanan air akan menekan cermin tingkap itu hingga ia tak boleh digerakkan langsung. Ini bermakna anda perlu pecahkan cermin itu.

Jangan cuba pecahkan cermin di hadapan kereta kerana ia telah dicipta untuk melawan impak kuat. Sebaliknya, sasarkan cermin tepi.

Gunakan kaki untuk tendang pada bahagian atas tingkap, ataupun tanggalkan tempat letak kepala di tempat duduk anda dan “cucuk” di bahagian bawah tingkap.

Selepas memecahkan tingkap, cepat-cepat tarik nafas panjang dan berenang menerusinya untuk ke permukaan air.

Foto: Gear Obsession

Selain itu, anda juga boleh menggunakan alat khas yang ada dijual di pasaran untuk memecahkan tingkap kereta. Ia boleh disimpan di dalam peti simpanan kereta atau dilekatkan bersama loket gantungan kunci anda.

Jika kereta anda terbalik dan tali pinggang keledar kereta menyekat anda daripada bergerak, alat ini juga boleh memotong tali berkenaan.

Sumber: Tech Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 May 2019
Gaya Hidup Tue, 27 Mar 2018

Jangan Biarkan Beg Tangan Kulit Anda Dipenuhi Kulat. Ikuti Teknik Pembersihan Ini!

Wanita dan beg tangan bagai best friend yang tidak boleh dipisahkan. Bukan sahaja bagi memudahkan kita untuk menyimpan barang-barang peribadi tetapi sebagai pelengkap untuk berfesyen.

Gaya Hidup Tue, 16 Jan 2018

Timun Bukan Sahaja Manfaat Untuk Cantik, Malah Untuk Kesihatan Badan

Segelas air timun mampu memenuhi hingga 20% vitamin K yang diperlukan setiap hari.

Gaya Hidup Thu, 26 Apr 2018

Nak Potong Buah Seperti Nanas Tapi Tak Reti? Jom Belajar Dari Video Ringkas Ini

Anda akan rasa, “Kenapa aku tak terfikir nak buat macam ini?”

Gaya Hidup Thu, 5 Jul 2018
familuv Fri, 6 Jan 2023

“Langkah London?” – Ismail Sabri Perli Netizen Dedah Bercuti Di UAE Bersama Keluarga

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Sri Ismail Sabri meluahkan rasa kesal apabila difitnah terlibat dalam  gerakan rahsia ‘Langkah London’ untuk menjatuhkan tampuk pimpinan Datuk Sri Anwar Ibrahim.   View this post on Instagram   […]

Featured Wed, 28 Dec 2022
Gaya Hidup Tue, 17 Mar 2020
Acara Fri, 1 Nov 2019

Nikmati teh dengan cara berbeza, menerusi makanan!

Pelbagai resipi daripada teh BOH, menarik!

error: Content is protected !!