Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 13, 2025 @ 10:18am

JAIS Sahkan Nadeera Bukan Penyanyi Ditangkap Khalwat

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan seorang individu yang juga penyanyi dalam kes khalwat pada hari Selasa.

Namun, JAIS menegaskan bahawa selebriti yang dimaksudkan bukanlah Nadeera Zaini.

ARTIKEL BERKAITAN:“Lantaklah Mereka Nak Cakap Apa” – Nadeera Zaini Nafi Bersekedudukan Dengan Lelaki Berstatus Suami Orang

ARTIKEL BERKAITAN:Nama Dipetik Bersekedudukan Dengan Suami Orang, Nadeera Zaini Anggap Tak Masuk Akal  – “Tiada Kena Mengena Dengan Saya”

ARTIKEL BERKAITAN:Nama Disebut-Sebut, Pengurus Nafi Nadeera Terbabit Dalam Kes Penyanyi Ditangkap Khalwat

Menurut Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Syamira Md Suffri, pelantun lagu Bukan Lagi Kita itu tidak terlibat dalam penahanan tersebut.

“JAIS mengesahkan kejadian tangkapan khalwat pada Selasa, namun individu yang terlibat bukan Nadeera seperti yang didakwa,” katanya kepada pemberita.

Namun, Nur Syamira enggan memberikan butiran lanjut mengenai kes tersebut.

Pada Rabu, dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan berita seorang penyanyi yang juga bekas peserta program realiti didakwa ditangkap khalwat bersama pasangan yang sudah berkahwin di rumah sewa mereka sekitar pukul 2 petang, pada Selasa.

Susulan itu, timbul pula spekulasi yang mengaitkan Nadeera dengan kejadian tersebut dek kerana sebelum ini namanya juga pernah terpalit dengan isu sama.

Bagaimanapun, tidak mahu dakwaan tersebut disalah erti,  pengurus Nadeera iaitu Acap tampil memberi respons bahawa Nadeera tidak terlibat dalam perbuatan tidak bermoral itu.

Tambahnya, ketika isu kontroversi itu timbul, Nadeera sedang sibuk menjalani latihan untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad ini.

 

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Faye Kusairi Balas Sindiran Elly, You’ve Crossed The Line!

Mohon sedar diri tu dah meningkat umurnya, punya anak dah pun. Matangkanlah diri tu. Bahasa melambang bangsa. Awak tu orang kenal, sedarlah sikit.

Trending Fri, 26 Oct 2018

“Jangan Klik Pautan Minta Kemaskini Info Bank” – Ketua Polis

Orang ramai supaya peka dan tidak sama sekali klik sebarang pautan melalui emel atau pesanan ringkas yang meminta pengguna untuk mengemaskini maklumat bank.

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

INI UJIAN ALLAH, KITA SEMUA INSAN LEMAH – SOFI JIKAN

Pelakon filem KL Gangster 2 ini ditahan reman selama tiga hari untuk membuat siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja. Walau bagaimanapun, tempoh reman tidak akan disambung terhadap pelakon berusia 48 ini.

Featured Tue, 18 Nov 2025

Muzik Video Kontroversi, Ustazah Asma’ Harun Hargai Tindakan Universal Music Malaysia & Kumpulan Dolla

Ustazah Asma’ Harun menzahirkan penghargaan kepada pihak Universal Music Malaysia dan kumpulan Dolla atas keputusan menurunkan muzik video kontroversi di semua platform digital.

Featured Sat, 14 May 2022
Featured Wed, 1 Dec 2021
Hiburan Wed, 17 Jan 2024
error: Content is protected !!