Euforia Bola 2026
Events By: SGMS Faida December 6, 2018 @ 12:28pm

Duet Dengan Anak, Tun Siti Hasmah Antara Kejutan Di Konsert Duo Lagenda

Penyanyi popular, Datuk Jamal Abdillah mengaku teruja untuk berkongsi pentas bersama dua individu cukup istimewa ini.

Salah seorang daripadanya adalah anak kesayangan, Osama Yamani yang bakal bermain gitar pada konsert Duo Lagenda nanti.

“ Menerusi sebuah segmen, saya dan anak, Osama akan bergabung menerusi lagu Seniman Menangis.

“ Osama akan memetik gitar manakala saya akan menyanyi. Kami pernah berkongsi pentas tapi berbelas tahun dulu, dia masih kecil sewaktu itu,” katanya kepada xtra.com.

Paduan suara dua lagenda tanah air di Konsert Duo Lagenda bermula 20-23 Disember 2018 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Tambah Jamal, dalam persembahan khas itu nanti hanya dia dan Osama berada di pentas tanpa diiringi pemuzik lain. 

Dalam masa sama, Jamal memberitahu persembahan Duo Lagenda bakal diserikan dengan gesekan biola isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah.

“ Saya sangat teruja apabila beliau berhasrat menambah dua lagi lagu untuk persembahan saya menerusi lagu Kau Laksana Bulan dan Fatwa Pujangga.

“ Kami sudah memulakan latihan hari ini dan beliau nampak begitu bersemangat. Sebelum ini hanya lagu Gubahanku akan dipersembahkan tetapi berita gembira ini baru sahaja disampaikan sebentar tadi,” katanya.

Kata Jamal, segmen khas itu dipersembahkan pada malam VVIP 22 Disember ini.

“ Saya dapat lihat kesungguhan beliau apabila minat luar biasa untuk menyertai konsert ini. Beliau turut membawa guru muziknya bagi memastikan persembahannya berjalan lancar,” katanya.

Untuk anda yang masih belum dapatkan tiket, layari www.ilassotickets.com atau hubungi 03- 2170 6333. Tiket berharga bermula dari RM 158 sehingga RM 1000 (Golden Seat/ VVIP). 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 27 Aug 2019

《春天花花花啦啦》开拍!与陈慧恬对戏原腾直呼「没得选」

八度空间《春天花花花啦啦》开拍!四演员加盟「花啦啦」系列,新人原腾将与陈慧恬对戏,让他直呼:没得选!

Featured Fri, 7 Apr 2023
Hiburan Sat, 20 Dec 2025
Featured Sun, 17 Oct 2021

“Alhamdulillah”- Berat Badan Naik 15 KG, Elyana Kongsi Perkembangan Terkini

Umum maklum keadaan penyanyi Elyana yang menghidap kanser limfoma sejak dua tahun lalu. Perkembangan kesihatan Elyana kini dilihat semakin memberangsangkan dan menunjukkan tanda tanda positif. Menurut Elyana, setelah selesai menjalani rawatan kemoterapi sesi kedua sejak […]

Hiburan Thu, 9 Nov 2023
Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Terima Kasih, Tulus!

Persembahan dua jam yang tak cukup bagi kami, rugi tau bagi anda yang tak hadir malam tadi. Cukup luar biasa… Datang lagi ya Tulus!

error: Content is protected !!