Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops July 11, 2018 @ 12:00pm

Jangan Ambil Mudah Penggunaan Sunblock. Anda Pasti Terkejut & Menyesal Akibat Tidak Menggunakannya

Adakah anda memakai sunblock hari ini? Penulis pasti segelintir daripada kita mesti memandang remeh mengenai penggunaan sunblock atau krim pelindung UV ini.

Biarpun ramai yang tahu tentang pentingnya menggunakan sunblock ini, namun rata-rata lebih gemar mengutamakan produk kecantikan yang lain berbanding memiliki produk pelindung UV ini.

Jom saksikan video ‘How the sun sees you’ yang dikongsi oleh Thomas Leveritt di laman Youtube. Video berdurasi 3 minit ini memaparkan eksperimen yang menunjukkan kesan terhadap orang awam akibat tidak memakai sunblock.

Menerusi eksperimen yang menggunakan kamera UV itu, anda boleh lihat sendiri bagaimana perubahan wajah mereka akibat tidak memakai sunblock. Dari segi luaran, memang tak dapat dilihat dengan mata kasar! Anda akan terkejut melihat efek penuaan pada wajah mereka seperti timbulnya freckles dan pigmentasi.

Anda sudah lihat sendiri kan kesannya? Jadi, jangan ambil mudah mengenai penggunaan sunblock ini kerana selain kulit akan kusam dan tampak lebih gelap, ia juga mampu mempercepatkan proses penuaan dan yang paling bahaya boleh menyebabkan kanser!

Justeru, bertindak sekarang dan aplikasikan sunblock secara konsisten ya! Sedikit tip, anda perlu oleskan sunblock sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda keluar agar lapisan pelindung terbentuk secara maksima.

Jika anda terdedah dengan sinar matahari dalam waktu yang lama, ulang semula aplikasi sunblock setiap dua jam agar kesihatan kulit tetap terjaga. Bagi mereka yang jenis kulit kering, pilih sunblock dalam bentuk krim atau losyen. Dan mereka yang mahu bercuti di pantai, pilih sunblock dengan formula very water resistant, sand-proof serta mengandungi broad spectrum.

Sumber: Her World

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 24 May 2020
Oh Lawa Sat, 16 Jun 2018

Aksesori ALDO Boleh Lengkapkan Penampilan Aidilfitri Anda

Belum sempat untuk membeli aksesori Raya anda? Singgah saja di kedai ALDO!

Featured Fri, 19 Oct 2018
Featured Tue, 26 Oct 2021

“Baru Sebulan Kami Berkahwin, Sejujurnya Memang Seronok” – Zizi Kirana Gembira Gara-Gara…

Genap sebulan usia perkahwinan, Zizi Kirana meluahkan rasa gembiranya berkahwin dengan suami yang juga pelakon, Yusuf Bahrin. Menurut Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, kini dia menggalas tanggungjawab sebagai seorang […]

Featured Wed, 30 Apr 2025

Ngeri! B*nuh Rakan & Tidur Bersama Mayat Selama 4 Hari, Hukuman Kekal 30 Tahun Penjara

Siasatan polis menunjukkan terdapat 23 kesan kecederaan serta trauma teruk di kepala dan dada mangsa

Featured Sun, 29 Jun 2025
Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

Rawat Mata Panda Anda Dengan Minyak Kelapa Dara & Serbuk Kopi. Mujarab!

Anda juga boleh jadikan ramuan ini untuk skrub muka dan badan.

error: Content is protected !!