Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom April 25, 2020 @ 5:21pm

Jangka hayat koronavirus pada alat sulit lelaki lebih lama, antara punca pesakit lelaki lambat sembuh.

Menerusi artikel berjudul ‘Statistik menunjukkan lelaki lebih berisiko dijangkiti COVID-19 berbanding wanita’ yang dilaporkan rakan penulis, Fadzlena Jafar, baru-baru ini, merungkai secara terperinci statistik mengenai kumulatif jangkitan COVID-19 di seluruh dunia.

Rungkaian artikel berkenaan juga mendedahkan golongan lelaki bukan sahaja lebih berisiko dijangkiti wabak koronavirus, malah jumlah kematian dalam kalangan pesakit lelaki juga lebih tinggi.

Kenyataan itu disokong beberapa kajian meskipun faktor yang menyebabkan jumlah jangkitan dan kematian lebih tinggi membabitkan golongan lelaki belum dapat dikenal pasti.

Namun begitu, beberapa penyelidik berpendapat gaya hidup tidak sihat terutama tabiat suka menghisap rokok, selain perkaitan gen dan juga hormon, barang kali punca utama mengapa lelaki lebih mudah dijangkiti.

Menyokong laporan artikel berkenaan, terbaharu sebuah penyelidikan mendapati lelaki lambat sembuh apabila dijangkiti COVID-19 kerana virus itu boleh bertahan lebih lama pada bahagian intim atau kemaluan lelaki.

Bagi mengulas perbezaan gen dan pengaruhnya terhadap penularan virus itu, pakar onkologi daripada Pusat Perubatan Montefiore, Dr Aditi Shastri dan ibunya, Jayanthi Shastri yang juga pakar mikrobiologi daripada Hospital Kasturba, mencuba beberapa semakan dari segi ilmiah.

Foto: Einstein

Sebuah kajian yang dijalankan terhadap pesakit COVID-19 di Mumbai, India mendapati lelaki lebih cenderung memerlukan waktu rawatan yang lebih lama supaya benar-benar bebas daripada koronavirus.

Kenyataan itu secara tidak langsung memberi penjelasan teori bagaimana perbezaan jantina dapat mempengaruhi sel tertentu dalam tubuh yang mampu membuatkan virus itu bertahan lebih lama.

Sel-sel yang dimaksudkan itu memiliki fungsi sebagai pintu masuk COVID-19 iaitu satu reseptor (tisu khusus) pada permukaan sel yang disebut Angiotensin Converting Enzyme 2 (ACE2).

Foto hiasan: Instagram Ashraf Muslim

Sel terbabit akan menempel pada permukaan luar (membran) di beberapa organ seperti peparu, arteri, jantung, ginjal dan usus.

Tidak kira lelaki mahupun wanita, ACE2 lebih banyak ditemui pada bahagian paru-paru, selain saluran pernafasan dan organ lain seperti jantung.

Ketika seseorang individu itu dijangkiti COVID-19, organ yang disebut tadi akan mengalami gangguan fungsi.

Bagaimanapun, berdasarkan kajian itu mendapati testis (alat sulit lelaki) memiliki kemampuan memompa atau mengepam reseptor ACE2, berbanding ovari wanita yang tidak mempunyai reseptor berkenaan.

Ini menjelaskan bagaimana, testis yang merupakan organ penting dalam sistem reproduksi lelaki dan berfungsi untuk menghasilkan sperma dan hormon testosteron, menjadi punca kepada kelemahan lelaki apabila dijangkiti COVID-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jan 2023

Sebak Kenang Nasib Ibu Saudara, Ahli Keluarga Isteri Pertama Zainal Abidin Hassan Buka Mulut

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – ahli keluarga

Featured Fri, 8 Aug 2025
Eat Travel Sat, 4 Jan 2020

10 destinasi menarik di Jogjakarta wajib dikunjungi

Kembara menakjubkan di kota bersejarah Indonesia

Featured Mon, 23 Mar 2020

Senaman ringkas untuk bahu elak tekanan akibat duduk terlalu lama

Sesiapa sahaja boleh lakukan 4 langkah mudah ini

Featured Mon, 13 Feb 2023

Zara Zya Mengaku ‘Cucuk’ Muka & Bibir Bersebab…

Wow! cucuk tang sana, cucuk tang sini…

Featured Wed, 17 Jul 2019
error: Content is protected !!