Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 24, 2024 @ 5:30pm

Janna Nick Dedah Ashraf Muslim Individu Bertanggungjawab ‘Bunuh’ Saka Keturunan Keluarga – “Lepas Tu Saya Sengsara Alami Perkara Ghaib”

Pelakon, pengacara dan penyanyi, Janna Nick mengaku pelakon, Ashraf Muslim adalah individu yang bertanggungjawab membuang saka yang diwarisi keluarganya.

Kata Janna, dia pada mulanya tidak percaya dengan perkara mistik seperti yang diberitahu aktor itu memandangkan pada ketika itu Ashraf mendakwa ada ‘benda’ yang berdamping dengannya dek kerana dia susah untuk menghafal dialog setiap kali bersama.

Sehinggalah, Janna mengambil keputusan untuk ‘membuang’ benda tersebut.

“Dia cakap dekat saya dia susah nak hafal skrip setiap kali rehearsal akan ada benda kacau.

“lepas tu dia tanya, family awak ada saka. So, dia tanya aku nak buang ke tak? Tapi masa tu dalam hati macam ‘ Ye je kau ni?’  tak percayalah… Ni kalau dia tengok mesti dia sakit hati ni.

“Tapi aku tanya satu soalan, apa beza dia bila buang dengan tak buang. Dia cakap benda ni hidup dalam darah kita,  jadi kalau tak buang lama-lama badan kita akan makin sakit,  dan makin susah nak terima ilmu agama. Jadi masa tu aku cakaplah, buanglah… sebab itupun aku nak tengok macam mana dia buang.

“Tapi masa dia buang tu aku tak rasa apa-apa pun. Tapi masa dia buang tu memang teruk lah. Siap bersilat, aku masa tu gelak tapi memang Ashraf masa tu berlawan macam benda tu besar sangat dan dia bangun bersilat satu bilik tu. Bayangkan saya yang tak percaya dengan benda tutiba-tiba dia berperang dengan benda tu. Sebab aku tak kena rasuk.

“Ashraf lawan dia lama tau…siap bawa keluar keris  tapi aku tak nampak pun keris tu, dia tikam. Aku pulak masa tu tak rasa apa-apa. tapi semua yang ada dekat situ tahan gelak,” ulasnya.

Perkara itu dikongsi Janna menerusi sesi temu bual podcast yang dihoskan oleh Safwan Nazri berjudul, Sembang Seram.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Nakal itu juga memaklumkan, sebaik sahaja saka tersebut dibuang, hidupnya semakin sengsara dan mual mengenal apa itu alam ghaib.

“Tapi  memang tak percaya dengan benda-benda ni. Lepastu mulalah sejarah hidup aku sampai ke hari ini. Itulah permulaan sengsaranya hidup aku dalam alam ghaib,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Jul 2022

Bekas Personaliti TV3, Zalina Azman Dilaporkan Hilang Sejak November 2021

Allahu, semoga urusan pencarian dipermudahkan…

Hiburan Wed, 20 Aug 2025

Anak Dharma Harun Sangkal Dakwaan Tumpang Nama Bapa Untuk Dapatkan Tawaran Lakonan

Syafiq tak tumpang nama bapa, Dharma Harun Al-Rashid.

Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Berang Dengan Ibu Tiri? Abil Luah Rasa Menerusi Instastory

Mengakui bahawa masanya sudah tiba untuk beliau menceritakan kisah sebenar disebalik perlakuan biadap individu terbabit.

Trending Mon, 8 Feb 2021

Isu Campak Barang Pelanggan: “Mana Pergi Sifat Amanah & Tanggungjawab?” – Siti Sarah

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin menyuarakan pendapat mengenai video viral melibatkan pekerja syarikat kurier yang dilihat membaling barang-barang pelanggan. Bersuara dari perspektif seorang usahawan, Sarah yang mempunyai jenama kosmetik dan tudung sendiri itu mengakui sedih apabila […]

error: Content is protected !!