Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom February 24, 2019 @ 11:00am

Japanese Fluffy Pancake tular! Masak atas kuali saja!

Asal hujung minggu saja, sarapan mesti nasi lemak.

Kalau yang terlebih rajin itu, awal pagi lagi sudah siap terhidang nasi kerabu, nasi dagang dan laksam di atas meja makan.

Maklumlah, Malaysia sememangnya terkenal sebagai syurga makanan, justeru menu sarapan memang pelbagai.

Bagi mereka yang menggemari hidangan ringkas, biasanya aneka roti canai menjadi pilihan.

Sekali-sekala apa kata tukar selera anda dengan mencuba menu tular ini yang bukan saja sesuai sebagai menu sarapan, tetapi juga minum petang.

Japanese Fluffy Pancake yang sungguh gebu, lembut dan sedap ini, jika dinikmati dengan jem strawberi, aiskrim mahupun krim putar (whipping cream), memang bisa buat kita terangkat.

Cara menyediakannya juga sangat mudah tanpa menggunakan banyak bahan selain boleh dimasak atas kuali tidak melekat.

Bahan A:

2 biji kuning telur
40 gram ‘superfine flour’
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil esen vanilla
25 gram susu segar krim penuh
*Campurkan semua bahan-bahan A.

Bahan B:

2 biji putih telur
25 gram gula castor
1/2 sudu kecil jus lemon (boleh diganti dengan cuka)

Cara membuat:

1. Pukul putih telur, gula castor dan jus lemon sehingga naik.

2. Kemudian satukan dengan adunan bahan-bahan A tadi.

3. Masak atas kuali leper yang tidak melekar, lihat video google kalau hendak dapat yang cantik gebu dan tinggi.

Dah siap! Mudahnya. Kepada yang terliur, selamat mencuba ya!

p> 

Sumber video: YouTube

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 21 Aug 2018

Resipi Bubur Jagung Cheese Paling Sedap Untuk Dinikmati Pada Musim Cuti Sekolah Ini

Rasa lemak manis bubur jagung ini memang akan buat anda terliur!

Eat Travel Wed, 14 Nov 2018

The Billboard, Markas Baru Buat Penggemar Masakan Barat!

Sambil menikmati hidangan yang lazat, anda juga ditemani alunan muzik menggetar jiwa. Cool habis!

Eat Travel Mon, 29 Oct 2018

4 Resipi Cheesecake Yang Tak Memerlukan Oven Untuk Buat

Apa-apa pun, rasa kek-kek ini tetap sedap!

Eat Travel Fri, 4 Jan 2019
Eat Travel Tue, 20 Nov 2018
Eat Travel Thu, 28 Jun 2018

Puas Dapat Makan Sotong Gergasi Di Nasi Kukus Sotong Besar

Apa yang seronoknya makan di restoran Nasi Kukus Sotong Besar ini, harga setiap hidangan bawah RM15.

Eat Travel Mon, 11 Nov 2019
Eat Travel Thu, 17 Jan 2019
error: Content is protected !!