Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 2, 2019 @ 1:57pm

‘Jawab’ Taruhan Sulung Kucaimars

Mula meraih populariti apabila video lagu-lagu saduran dendangannya yang dikongsi menerusi laman media sosial mendapat sambutan hangat netizen, kini Amirul Husyairi bin Nani atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Kucaimars muncul dengan single debut berjudul “JAWAB”.

Lagu ini merupakan single pertama penyanyi ini semenjak dilamar bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Warner Music Malaysia. 

“JAWAB” merupakan karya ciptaan ahli kumpulan Akim & The Majistret iaitu Akim Ahmad dan Zarimi Zahari yang masing-masing menggunakan nama pena, Hang Nadim dan Laq. Single ini merupakan terbitan dan edaran Warner Music Malaysia.

Video muzik rasmi “JAWAB” arahan pemuda yang bernama Elfie Nazari ini membawa konsep jejaka yang dicurangi oleh teman wanitanya. Video muzik “JAWAB” dibintangi oleh Kucaimars sendiri dan menampilkan Sharifah Rose, model yang mengukir nama melalui laman media sosial.

“JAWAB” boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 25 JANUARI 2019 manakala video muzik rasmi “JAWAB” boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 29 MAC 2019 lalu.

 Pautan Youtube untuk Video Muzik Rasmi ‘JAWAB’: https://youtu.be/R2revr7qfjY

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Jun 2025
Featured Thu, 30 Oct 2025

Zul Ariffin Batal Hasrat Berhijrah Ke Makkah – “Kadang Allah Bagi Lalu Orang Yang Mengarut Depan Kita”

Zul Ariffin menegaskan dia membatalkan hasratnya untuk untuk berhijrah dan membuka perniagaan di Makkah, seperti yang pernah dikongsikannya sebelum ini.

LIFESTYLE Tue, 18 Sep 2018

Go On an Off-the-Grid Adventure on This Luxurious Yacht

Travel with style and without the crowd.

Hiburan Fri, 14 Feb 2025

Hasil Tungkus Lumus Perah Idea, Luqman Podolski Muncul Dengan EP ‘Kau Apa Sebenarnya?’

EP perdana Luqman Podolski berjudul Kau Apa Sebenarnya? menemui peminat sejak 24 Januari lalu.

LIFESTYLE Wed, 1 Aug 2018

Telur Dapat Membantu Mencantikkan Wajah

tahukah anda yang telur sebenarnya memiliki banyak untuk kecantikan dan kesihatan.

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Bahagia Bergelar Isteri, Raja Ilya Sarankan Peminat Kahwin Bila…

Haaa dengar tu, bagi si bujang, berkahwinlah bila…

error: Content is protected !!