Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 16, 2026 @ 3:40pm

Jayakan MV ‘IDLYA’, Misha Omar Tahan Beku -20 Darjah Celsius Demi ‘Kawan-Kawan Kak Mitch’

Penyanyi tersohor, Misha Omar mengakui pembikinan video muzik (MV) lagu terbaharunya berjudul IDLYA (I Don’t Love You Anymore) di China adalah pengalaman paling ekstrem sepanjang lebih dua dekad pembabitannya dalam industri seni.

Berkongsi kisah di sebalik tabir, Misha atau nama sebenarnya, Samihah @ Aisah Omar, 44, berkata pada awalnya dia menolak idea penggambaran di luar negara kerana tidak gemar melakukan perjalanan jauh.

“Saya memang tak suka travel. Dalam mesyuarat itu, saya seorang saja yang membangkang. Saya cakap, buat dekat Kuala Lumpur saja, selesa,” katanya.

Bagaimanapun, selepas dipujuk pihak produksi dan memikirkan keperluan menghasilkan sesuatu yang berbeza, pelantun lagu popular Break ini akhirnya bersetuju untuk keluar daripada zon selesanya itu.

“Kadang kala hidup ini bukan tentang apa yang kita mahu, tetapi kita kena berani cuba walaupun bukan pilihan pertama,” katanya.

Cabaran Penggambaran MV IDLYA

Penggambaran video muzik IDLYA dijalankan di Sayram Lake, kawasan pergunungan berhampiran sempadan China-Kazakhstan dengan suhu mencecah negatif 20 darjah Celsius.

Menurut Misha, hari pertama penggambaran berdepan ribut salji dan angin kencang sehingga kru terpaksa menamatkan sesi lebih awal kerana drone tidak dapat diterbangkan.

Lebih mencabar apabila ada babak yang memerlukan rakaman sehingga 22 minit dalam suhu beku, selain Misha perlu berjalan sendirian bagi mengelakkan kesan tapak kaki lain dalam salji.

Cabaran bertambah pada hari ketika apabila penggambaran dilakukan di kawasan pergunungan yang menyukarkan pernafasan.

“Mula-mula pengarah pesan jangan buat pergerakan laju sebab susah nak bernafas. Tetapi lepas itu dia suruh saya lari anak-anak pula,” katanya berseloroh.

Namun begitu, Misha memilih untuk menurut arahan sepenuhnya tanpa banyak soal demi memastikan hasil terbaik.

“Suruh baring, saya baring. Suruh lari, saya lari. Saya tak fikir panjang. Saya buat satu demi satu,” katanya.

Redah -20 Darjah Celcius Demi ‘Kawan-Kawan Kak Mitch’

Mengakui ini kerja paling ‘gila’ pernah dilakukan, Misha menyifatkan pengorbanan itu berbaloi demi menghasilkan karya yang mampu mengubat kerinduan peminat.

“Setakat tahan sejuk untuk satu karya, itu sangat kecil berbanding mereka yang sanggup beli tiket konsert, naik pengangkutan awam, berbelanja dan luangkan masa untuk datang sokong saya.

“Mereka datang daripada pelbagai ‘keluarga’ peminat, tapi duduk bersama secara harmoni untuk saya. Itu sesuatu yang sangat menyentuh hati,” katanya.

Tambahnya, setiap karya yang dihasilkan kini bukan lagi sekadar untuk kepuasan diri, sebaliknya sebagai tanda penghargaan terhadap mereka yang tidak pernah berhenti percaya.

“Saya hargai setiap doa, setiap mesej dan setiap komen positif. Kadang-kadang bila saya rasa lemah, saya ingat balik sokongan mereka. Itu yang buat saya terus berdiri,” katanya.

Sementara itu, Misha tidak menafikan pernah melalui fasa sukar sehingga terdetik mahu berhenti menyanyi.

Namun begitu, dia memilih untuk bangkit dengan mempercayai perjalanan seninya.

“Suatu ketika saya rasa orang dah tak mahu dengar saya. Suara pernah ‘reset’, saya kena berlatih semula. Ada masa nyanyi sumbang dan orang persoalkan.

“Kalau dulu saya berputus asa, mungkin saya tak ada di sini hari ini. Kadang kala yang halang kita bukan orang lain, tapi diri sendiri,” katanya.

Misha turut memegang pesanan arwah bapanya sebagai kekuatan hidup.

“Arwah ayah selalu cakap, ‘tidak ada jalan mati kecuali kita yang mati’. Maksudnya sentiasa ada jalan. Kalau saya nak, saya akan cari jalan itu,” katanya.

Sementara itu, IDLYA bakal menjadi lagu tema drama bersiri, Kerana Cinta Itu Dusta yang akan menghiasi slot Samarinda di TV3 sepanjang Ramadan nanti.

Dalam perkembangan lain, pelantun lagu malar segar Bunga Bunga Cinta ini juga dalam perancangan melancarkan album baharu tahun ini, selain merancang mengadakan konsert pada tahun hadapan sebagai hadiah buat ‘kawan-kawan Kak Mitch’ yang tidak henti menyokongnya.

Single I Don’t Love You Anymore (IDLYA) boleh distrim di semua platform digital utama seperti Apple Music, dan Spotify manakala muzik video rasmi juga boleh ditonton menerusi saluran YouTube Misha Omar.

Artikel Berkaitan: Konsert DiA Misha Omar ‘Cukup Rasa’.. Duet Bersama Anak Cipta Magis Tersendiri

Artikel Berkaitan: “Saya Tak ‘Hamak’ Dapat Percuma” – Misha Omar ‘Battle’ Beli Tiket Konsert Rakan Industri, Tanda Hormat Karya Seni

Kredit foto: Instagram @chuanlooi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Fri, 13 Mar 2026

“Adulting Tak Mudah!” – ‘FYP Macam VIP’ Bongkar Realiti Dunia Kerja Gen Z

Sedar tak sedar, semakin ramai Gen Z yang sudah memasuki alam dewasa dan alam pekerjaan. Dalam erti kata lain, Gen Z juga tidak terlepas dengan pelbagai cabaran kehidupan seharian. Realitinya, mereka juga perlu urus kerja, […]

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

李佩玲开唱哭成泪人 现场向林宇中求婚?

2016年凭着第一季《中国新歌声》爆红的Jeryl李佩玲,9日举办人生第一场演唱会;今年年满18岁的她,坦言一路走来不容易,在演唱会三度上哭成泪人。

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Maria Nafi Menyewa Banglo Beratus Ringgit

Pengacara terkenal rancangan Jalan Jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri menafikan dakwaan menyewa banglo tujuh tingkat dengan harga RM120,000 sebulan.

Featured Mon, 8 Aug 2022
Featured Mon, 12 Jun 2023
Featured Sat, 21 Jan 2023
Featured Fri, 30 Dec 2022

Netizen ‘Serang’ Irfan Khairi Semasa Sesi Live, Tanya Mana Rumah Siti Nurhaliza Di Dubai

Jutawan internet, Irfan Khairi yang kini menetap di Dubai ‘diserang’ netizen semasa sesi live di TikTok kerana ingin mengetahui keberadaan rumah Datuk Seri Siti Nurhaliza. @cikumi77 #CapCut #dubai –#sitinurhaliza #ctdk #irfankhairi #worldwide @Siti Nurhaliza ♬ suara […]

FESYEN Thu, 10 Oct 2019

This is How Neelofa Single-Handedly Uplifts Modest Fashion to Greater Heights

She is literally a fashion icon whom millennials should look up to!

error: Content is protected !!