Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin August 28, 2018 @ 6:00pm

Sedang Berdiet? Jom Cuba Menu Sihat Salad Udang Panggang Bersama Mi Ini

Bagi anda yang sedang berdiet, mungkin anda mencari menu-menu sihat untuk santapan setiap hari, kan? Ia mestilah berbeza, kalau asyik makan sajian yang sama saja, memang bosanlah! 

Jangan risau, Hijab & Heels ada menu baharu untuk dikongsikan kepada anda. Yang penting menu ini mudah, jimat dan sihat!

Menu istimewa ini adalah Salad Udang Panggang Bersama Mi. Kalau anda nak tahu, menu ini ‘kaya’ dengan sayur-sayuran! Jom kita belajar untuk membuatnya.

Bahan-bahan

400 gram mi beras

1/2 cawan jus limau segar

1/3 cawan sos ikan

1/2 cawan gula perang

2 ulas bawang putih, dicincang halus

1 atau 2 sudu teh sos cili

500 gram udang sederhana besar, dikupas dan dibersihkan

1 cekak asparagus, dipotong

140 gram cendawan, dipotong

1 biji lobak merah, dipotong

Daun salad

Cara membuatnya

1. Gunakan periuk besar dan jerang air sehingga mendidih. Masukkan mi dan masak seperti yang diarahkan pada label paket. Kemudian, keringkan dan bilas dengan air sejuk. Toskan mi dan ketepikan.

2. Sementara itu, campurkan jus limau, sos ikan, gula perang, bawang putih, sos cili dan satu per tiga air dalam mangkuk sederhana. Kacau sehingga sebati.

3. Pindahkan 1/4 cawan daripada sos tersebut ke dalam mangkuk yang lain yang berisi udang. Perapkan selama 10 minit.

4. Campurkan lagi 1/4  cawan sos tadi dengan asparagus, lobak merah dan cendawan dalam mangkuk ketiga. Perapkan selama 10 minit.

4. Campurkan mi dengan sos yang tinggal. Gaul dan ketepikan.

5. Panaskan pemanggang dengan api sederhana  tinggi. Panggang udang, asparagus, lobak merah dan cendawan yang telah diperap tadi sehingga udang masak dan asparagus sedikit lembut selama 2 hingga 3 minit. 

6. Setelah itu, sediakan mangkuk yang dihiasi dengan daun salad dan tuangkan mi ke dalamnya. Kemudian, letakkan udang, asparagus, cendawan, lobak merah dan daun ketumbar di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Her Inspirasi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 12 Nov 2018
Eat Travel Fri, 14 Dec 2018

8 Tip Untuk Pelancong Wanita Solo Kekal Selamat Ketika Mengembara Di Luar Negara

Jangan kerana takut, anda tak menikmati pengalaman yang menarik ini!

Eat Travel Sun, 12 Aug 2018

15 Idea Kreatif Untuk Kek Berkonsepkan Hari Kebangsaan. Patriotik Sangat!

Raikan Hari Kemerdekaan dengan kek warna-warni ini!

Eat Travel Wed, 14 Nov 2018

5 Destinasi Percutian Musim Sejuk Hujung Tahun 2018 Yang Wajib Anda Kunjungi

Manfaatkan hujung tahun 2018 dengan percutian yang paling awesome!

Eat Travel Thu, 6 Dec 2018
Eat Travel Sat, 11 Jan 2020
Eat Travel Sat, 2 May 2020
Eat Travel Fri, 22 Feb 2019
Eat Travel Mon, 19 Nov 2018

Meluncur Di Gunung Berapi, Apa Macam Ada Berani?

Gunung ini adalah sebuah gunung berapi muda yang wujud pada 1850 dan mempunyai radiasi aktif.

error: Content is protected !!