Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops November 12, 2018 @ 12:00pm

Inilah Cara Untuk Buat Kentang Putar Yang Paling Berkrim, Lembut & Halus. Terliur Dibuatnya!

Sebut saja mashed potatoes, kita dah boleh bayangkan tekstur ubi kentang yang lembut dan betul-betul hancur.

Jadi memang leceh kalau bila kita makan, ubi kentang putar tadi berasa keras dan kering ataupun masih berketul-ketul.

Bukan itu saja! Tak syoklah juga jika ubi itu berasa hambar. Kan lagi sedap jika tekstur lembutnya dipasangkan dengan rasa yang penuh krim? Bayangkanlah betapa sedapnya rasa mashed potatoes itu!

Jadi ingat ya, untuk dapatkan kentang putar yang terbaik, ia perlu ada kombinasi tekstur yang lembut serta rasa berkrim. Barulah sedap!

Nak cuba buat? Ikuti resipi di bawah ini!

Foto: Tasty

Bahan-bahan

  • 905 gram ubi kentang (pilih jenis ubi yang berkanji)
  • 115 gram mentega tanpa garam, dicairkan
  • 120 ml heavy cream
  • 2 tangkai daun rosemary (optional)
  • 8 ulas bawang putih, dihancurkan (optional)
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Daun chives, dipotong halus (sebagai hiasan)

Cara penyediaan

  1. Kupas kulit ubi dan rendam di dalam bekas berisi air sejuk. Kemudian potong ubi menjadi bentuk kiub bersaiz 1 inci. Nota: Sesetengah orang suka biarkan kulit ubi kentang ada dalam masakan mashed potatoes mereka, tapi untuk dapatkan result yang berkrim dan selembut sutera, baiklah kupas.
  2. Masukkan ubi ke dalam periuk berisi air sejuk. Taburkan dua cubit garam ke dalamnya.
  3. Pasang api tinggi dan tunggu hingga air mendidih sedikit. Selepas itu, kurangkan api ke kadar rendah dan biarkan ia mereneh selama lebih kurang 12 minit. Nota: Anda akan tahu jika ia dah ready untuk dilenyek apabila anda cucuk dengan garfu dan ia hancur.
  4. Alihkan periuk daripada api dan tuskan ubi. Masukkan semula ke dalam periuk tadi dan pasang api semula ke kadar medium-high. Kacau-kacau selama 2 ke 3 minit untuk hapuskan kelembapan pada ubi.
  5. Mash! Gunakan alatan dapur yang sesuai untuk lenyekkan ubi (untuk result paling bagus, gunakan tapis berlubang halus seperti di dalam video di bawah). Nota: Jangan sesekali gunakan food processor atau hand mixer!
  6. Tuangkan mentega cair ke dalam periuk tadi dan kacau hingga ia sebati dengan ubi. Kemudian, taburkan secubit garam dan kacau.
  7. Di dalam sebuah saucepan dan di atas api sederhana-tinggi, tuangkan heavy cream. Masukkan rosemary dan bawang putih dan biarkan hingga ia mereneh. Nota: Anda boleh eksperimen dengan rempah lain.
  8. Apabila heavy cream itu sudah kaya dengan perisa, tuskan ke dalam mangkuk (buang rosemary dan bawang putih tadi).
  9. Tuangkan heavy cream sedikit demi sedikit ke dalam ubi lenyek dan kacau hingga sebati. Nota: Jangan tuang sekali gus! Nanti ubi itu akan jadi terlalu cair pula.
  10. Dah siap! Jika nak, hidang dengan sedikit lagi mentega, dan taburkan serbuk lada hitam serta hirisan halus daun chives. Dengan kuah black pepper pun boleh!

Untuk bantuan visual, tonton video tutorial di bawah ini:

Tengoklah betapa creamy dan smooth kentang putar yang ditunjukkan di dalam video itu! Wah, meleleh air liur penulis!

Tunggu apa lagi? Jom cuba buat sekarang! Gerenti anda akan nak jilat pinggan. Hiks!

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Mar 2023

Elak Diri Pergi Tempat Berisiko, Anna Jobling Guna Khidmat Pegawai Peribadi?

Zaman sekarang ni memang kena xtra careful lebih-lebih lagi public figure

Featured Fri, 22 Aug 2025

“Orang Yang Tenang Tak Akan Sibuk Cari Salah Orang Lain”- Anzalna

Bagai memberi teguran halus, perkongsian pelakon jelita, Anzalna Nasir sekali lagi menyorot perhatian.

Featured Fri, 12 Aug 2022
Featured Sun, 26 May 2024
Featured Tue, 12 Feb 2019

#GucciShowtime rentasi era kegemilangan muzikal Hollywood

Saksikan video promo #GucciShowtime memang meletop!

Featured Thu, 1 Dec 2022

Chombi Ajak Borak Atas Pentas, Amirul Kena ‘Sound’ Dengan Harry Khalifah – “Aku Sepak Kau Kejap Lagi!”

Semakin meningkat naik selepas single terbaru lagunya ‘Sayunk I Love You’ diterima ramai, nama penyanyi Chombi yang merupakan anak kepada Harry Khalifah semakin dikenali ramai. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pempengaruh Amirul […]

Featured Thu, 5 Dec 2024
error: Content is protected !!