Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom May 6, 2018 @ 5:00pm

Jom Intai Rahsia Penjagaan Rambut Dan Solekan Diva No. 1 Negara, Siti Nurhaliza

Bercakap mengenai figura yang seorang ini, beliau dikagumi bukan kerana bakatnya saja, tetapi juga kecantikannya yang all in one. Di samping raut wajah rupawan dan comel, beliau juga memiliki senyuman yang manis. Selain keperibadian sopan dan lembut.

Figura Malaya ini, tidak lain tidak bukan adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 39, yang menggegarkan industri seni suara sejak 1995 hinggalah kini di mana reputasi serta pencapaian beliau sukar untuk ditandingi.

Mesra disapa Siti, anak jati kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini menyifatkan kecantikan harus bermula dari dalam, membajai diri dengan pekerti yang mulia termasuklah penjagaan wajah dan diri.

Ingin tahu rahsia kecantikan diva nombor 1 negara ini, ikuti perkongsian tips kecantikan diamalkan beliau.

1. Apakah kosmetik atau alat solek wajib setiap kali bersolek?

Bedak Two Way Cake SimplySiti, Duo Blusher SS, penggaris kening, lipstik dan glos bibir SimplySiti.

2. Apakah kesilapan paling besar tentang solekan yang anda rasa setiap orang perlu tahu dan elakkan?

Pemilihan warna solekan dengan warna kulit. Sebaiknya dapatkan pandangan mereka yang pakar dalam solekan kerana tidak semua warna yang anda suka bersesuaian dengan warna kulit.

3. Apakah nasihat anda buat mereka yang baru mula-mula mahu mencuba bersolek?

Perlu tahu penggunaan dan kesesuaian bergantung pada kulit dan acara.

4. Bagaimana solekan boleh merubah perasaan anda terhadap diri sendiri?

Solekan juga mampu menonjolkan kelebihan seseorang selain menutup kekurangan yang ada pada wajah. Dengan solekan yang tepat akan membuatkan anda lebih yakin, cantik dan ceria.

5. Apakah masalah utama rambut anda? Dan bagaimana pula anda mengatasinya?

Berminyak dan di hujungnya kering. Sejak bertudung terutamanya kulit kepala lebih kerap berminyak akibat peluh jadi saya akan lebih kerap mencuci rambut. Untuk rawatan hujung rambut yang kering pula saya lakukan pupur rambut di salun.

6. Boleh kongsikan tip anda menjaga rambut? Mungkin ada sebarang petua tradisi?

Pilih syampu yang sesuai dan pastikan rambut betul-betul kering sebelum mamakai tudung bagi mengelakkan rambut berbau dan rosak. Gunakan serum yang sesuai untuk perawatan rambut.

7. Jika diberi kebebasan untuk mencuba gaya potongan atau warna rambut, apakah gaya pilihan anda?

Saya sukakan potongan rambut Farrah Fawcett dan warna brunett. Seksi kan?

Foto : Marketing Interactive

Sumber : Eh!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Jun 2024
Events Fri, 25 Apr 2025

“Saya Tak Merajuk, Saya Tetap Akan Berbakti Pada Negara & Menghargai Orang” – Siti Nurhaliza

Siti dia tetap akan membuat persembahan di acara rasmi yang dianjurkan kerajaan.

Featured Wed, 20 Apr 2022
Featured Sun, 16 Feb 2025

AJL39: Hael Husaini ‘Upah’ Bodyguard Demi AJL? Harap Kesihatan Stabil Tidak Jejaskan Persembahan

“Saya harap kesihatan saya stabil dan AJL39 kali ini memberikan impak yang besar untuk industri kita ditahun 2025 ini.

Featured Thu, 30 Apr 2026

Che Ta Respons Kenyataan Wak Doyok Label Lelaki ‘Cacat’ Bila ‘Kepit’ Beg Tangan Teman Wanita – “Okay Je Kalau Tolong, Yang Tak Normal Bila…”

Che Ta tampil membidas kenyataan pelakon dan ikon fesyen, Wak Doyok susulan isu lelaki yang membawa beg tangan wanita.

Oh Lawa Mon, 15 Oct 2018
Featured Thu, 1 Dec 2022
Featured Mon, 9 Mar 2026

“Apa Dia Buat Tak Kena Dari Pembahagian Royalti, Itu Duit Pencen Kami” – Lagu ‘Cinta Tersimpul Rapi’ Versi AI, Azmeer Tegas Beri Pelajaran Pada Jane In Heaven

Dr Azmeer Abu Bakar tampil menjelaskan mengenai status lagu popular di platform TikTok iaitu,  ‘Cinta Tersimpul Rapi’ yang dibuat menggunakan versi AI (Kecerdasan buatan).

Featured Mon, 9 May 2022

“Lebih Tragis Ada Yang Kata Saya Masih Nak Kan Norman” – Sambut Hari Raya Bersama, Abby Abadi Minta Netizen Bersihkan Hati

Lahhh, macam tu pula.. Keluarga mereka ni lah patut dicontohi, tak pernah bermasam muka..

error: Content is protected !!