Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd September 16, 2021 @ 1:30am

Jom Semak 5 Filem Patriotik Yang Buat Anda Bangga Jadi Rakyat Malaysia!

Selamat menyambut Hari Malaysia! Ada pelbagai perkara yang patut kita syukuri sebagai rakyat Malaysia.

Negara kita masih aman tanpa rusuhan atau peperangan dan rakyatnya juga berbilang kaum.

Bersempena sambutan Hari Malaysia, pastinya pelbagai seleksi filem patriotik menarik boleh ditonton seisi keluarga.

Xtra menyenaraikan lima filem patriotik adaptasi yang wajib ditonton bersempena Hari Malaysia.

1. 1957 Hati Malaya

Filem yang diterbitkan pada tahun 2007 ini sangat dekat di hati ramai rakyat Malaysia.

Bukan sahaja dibarisi oleh pelakon popular seperti Maya Karin, malah filem yang mengangkat tema percintaan, persahabatan, kesetiaan ini turut membawa penonton menyelami semangat juang mereka yang berkorban jiwa dan raga demi mencapai kemerdekaan tahun 1957.

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyanyikan lagu tema filem ini iaitu Hati yang menjadi siulan ramai suatu ketika dahulu.

 

2. Sarjan Hassan 

Filem Sarjan Hassan merupakan antara filem yang mengangkat nama Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam persada perfileman. Karya ini turut mendapat sentuhan dan arahan beliau sendiri.

Sarjan Hassan mengisahkan kehidupan seorang pemuda kampung iaitu Hassan yang menyertai Askar Melayu untuk menentang komunis ketika darurat pada tahun  1942. Sarjan Hassan bersama plantunnya memaparkan keberanian dan semangat juang yang tinggi meski berdepan dengan pelbagai ancaman pihak musuh.

 

3. Embun

Filem yang diterbitkan tahun 2002 ini turut menjadi antara filem terkemuka yang mengangkat nama Datin Seri Umie Aida sebagai salah seorang aktres wanita terkemuka.

Embun mengisahkan semangat juang seorang wanita yang hidup di zaman penjajahan namun mindanya tidak dijajah oleh keadaan semasa. Filem ini turut mendapat pengiktirafan di Festival Filem Malaysia dan Festival Filem Asia Pasifik.

 

4. Leftenen Adnan

Filem Leftenan Adnan yang diadaptasi daripada kisah benar Leftenan Adnan Saidi membawa penonton menyelami kisah seorang wira yang sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan tanah air tercinta sewaktu peperangan bersama tentera Jepun. 5. Bukit Kepong

Lakonan Hairie Othman berjaya membuatkan penonton menyelami semangat juang seorang pahlawan negara demi tanah air tercinta.

 

5. Bukit Kepong

Filem arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri Jins Samsuddin ini cukup dikenali. Filem ini mengangkat kisah benar semangat kesetiaan dan perjuangan pasukan polis dalam menjaga keamanan negara serta keberanian mereka melawan komunis pada tahun 1950.

Selain Jins, antara pelakon lagenda yang membintang filem ini adalah Allahyarham Hussein Abu Hassan, A Rahim, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Jun 2022

“Dulu Tengok Orang Naik…” – Rezeki Lepas Kahwin, Usop Akhirnya Dapat Beli Kereta Mercedes

Usop akhirnya dapat memiliki kereta idamannya, Mercedes-Benz AMG.

Featured Wed, 29 Jun 2022

“Tinggal 10 Peratus… Selagi Bateri Ini Tidak Mati, Selagi Itu Saya Bernafas…” – Bob Lokman Akui Keadaan Jantung Makin Kritikal

Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman mengakui keadaan jantungnya kini berada ditahap yang kritikal dan hanya mengharapkan pada penggunaan jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC). Menurut Bob Lokman atau […]

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Hiburan Wed, 14 Jun 2023

Luah Rasa Rindu, Ismail Izzani Tayang Teman Wanita?

Wahh siapa teman wanita Mael tu?

Hiburan Mon, 23 Jun 2025

Isyariana Tak Pernah Lupa Dunia Nyanyian, Kini Sedia ‘Comeback’ Lepas Trauma

Isyariana berhasrat kembali menyanyi mahu atasi trauma

error: Content is protected !!