Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi December 9, 2023 @ 12:48pm

“Jumpa Lagi Ya Abang, Mommy Rindu Sangat… Maafkan Mommy” – Ibu Zayn Rayyan

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, iaitu Ismanira Abdul Manaf membuat perkongsian di media sosialnya.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ismanira memuat naik gambar bersama anak sulungnya itu yang menyatakan kerinduan teramat sangat.

“Jumpa lagi ya abang, tunggu mommy tau abang, mommy rindu sangat nak peluk cium dan gomol abang, abang tetap anak sulung mommy sampai bila bila, tiada ganti.

“Maafkan mommy kalau banyak kekurangan sepanjang mommy membesarkan abang,” tulisnya.

Dalam masa sama, Ismanira turut memohon maaf kepada semua kerana berdiam diri dan tidak dapat membalas segala mesej serta panggilan kerana telefon beliau dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 28, masih berada dalam simpanan pihak polis.

“Assalamualaikum semua, maaf saya tak dapat nak reply WhatsApp, dm, atau call buat masa ini, phone saya dan suami masih lagi pihak polis pegang untuk membantu siasatan,” katanya.

Dalam muat naik sama, Ismanira juga mengucapkan terima kasih kepada semua mendoakannya.

“Mohon maaf ya, bukan saya ignore. Instagram ni saya log in guna phone lain, pinjam phone orang.

“Terima kasih semua yang mendoakan, saya mohon semua doakan saya diberikan kekuatan, saya masih lagi tak stabil emosi. Ini ujian paling berat dalam hidup.Ya Allah tabahkanlah aku,” jelasnya.

Pada Rabu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, Sungai Buloh, selepas dilaporkan hilang lebih 30 jam.

Lebih mengejutkan, kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Zayn Rayyan Reda, Serah Siasatan Kepada Polis – “Saya Tak Sangka Ia Berakhir Macam Ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil Bedah Siasat Sahkan Kanak-Kanak Autistik Zayn Rayyan Mati Dibunuh

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Adik Zayn Rayyan Gagal Tahan Sebak, Terkejut Anak Mati Dibunuh

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 10 May 2021

Sebaknya! Air Mata Tumpah Lepas Tonton Filem Pendek Raya ecoBrown’s… Wajib Tengok!

Mudah untuk mengatakan saya sayang ibu dan ayah saya. Namun, adakah dengan ungkapan ini sahaja sudah mampu membuktikan kasih sayang kita kepada mereka? Tampil mengetengahkan tema kekeluargaan, tahun ini jenama beras terkemuka ecoBrown’s mencuri tumpuan […]

Trending Wed, 5 Feb 2020
Featured Sun, 29 Jun 2025

Nadin Amizah, Faishal Thanjung Selamat Bertunang

Nadin Amizah, bertunangdengan kekasih hatinya yang juga seorang penyanyi.

Hiburan Fri, 12 Jun 2026

Didi Astillah Tampil Jelaskan Isu Video ‘Prank’ Ibu, Mohon Netizen Jangan Kaitkan Keluarga – “Abang Syed Saddiq Okay Je, Tenang Semua…”

Didi turut memohon maaf sekiranya video berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan sesetengah pihak.

Featured Wed, 3 Aug 2022
Hiburan Thu, 8 Sep 2022
error: Content is protected !!