Hiburan By: SGMS Faida January 24, 2020 @ 5:58pm

Tak Takut Gemuk, Marsha Aruan Setuju Jadi Pengacara Program Makan

Selebriti cantik Marsha Aruan bakal mengacara program makan-makan tidak lama lagi.

Jika ada segelintir selebriti yang takut untuk membawa tanggungjawab berkenaan kerana mungkin takut naik berat badan, berlainan pula bagi Marsha.

“Teruja sangat, saya memang suka makan. Saya tak takut gemuk kerana saya aktif bersukan,” katanya kepada media Kompas.com.

Kata Marsha, dengan dirinya yang aktif bersukan dia tidak takut dengan masalah berat badan dan percaya dapat mengekalkan bentuk badan yang ideal.

“Tetapi buat masa ini saya masih sibuk dengan beberapa projek kejutan bulan depan. Belum ada kesempatan bersukan.

“Sejak kecil saya gemar membuat rakan-rakan terliur melihat saya menjamah makanan. 

“Saya suka bawa bekal ke sekolah. Bayangkan, kawan-kawan tidak ke kantin malah seronok (terliur) melihat saya makan,” kata pelakon filem Dread Out ini.

Terbaiklah Marsha, tak sabar nak tengok program itu nanti!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jan 2018

Farid Kamil Hilang Sehari Sebelum Kejadian

Farid didakwa atas empat kesalahan, antaranya menampar anggota polis dan penggunaan dadah.

Featured Thu, 27 Oct 2022
Featured Thu, 2 Mar 2023
Hiburan Wed, 14 Feb 2024
LIFESTYLE Wed, 20 Jun 2018

Pakai Shampoo Mahal Tapi Rambut Tetap ‘Sedih’, Apa Perlu Korang Buat?

Jangan amalkan sikap Asal Boleh! Ini tidak, anda guna saja syampu yang ada depan mata dan tak payah keringkan rambut atau menyisir kemas rambut yang dibiarkan kusut masai. Walhal itu antara penyumbang rambut mudah rosak.

Hiburan Thu, 26 Dec 2019
Hiburan Tue, 26 Dec 2017

张祖诚比赛唱一半中断!全场评审傻住

大马创作歌手张祖诚在24日播出《不凡的改变》中,致敬周蕙《好想好好爱你》,他的微醺嗓音,让所有评审包括原唱周蕙都按铃通过。没想到当最后一位评审按铃,全场灯亮时,张祖诚却突然停下来傻笑,引起现场一片惊呼。